Bismillah…
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…
Hari nie ak mendapat satu pengajaran yang amat berharga. Syukur kepada Allah dan terima kasih aku ucapkan kepada si “comel”…aku bertanya kepada si Comel...
Semasa sedang beriktikaf di masjid An-nur UTP. Aku menghabiskan masa antara maghrib dan isyak dengan membaca buku2 yang diwakafkan utk masjid tersebut..aku terbaca satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Dawud yang berbunyi
“Mukmin yang paling sempurna IMANnya adalah yang paling BAIK akhlaknya”..
Jadi aku terfikir..bagaimana sebenarnya keadaan akhlakku..
Jadi aku bertanya kepada sahabat2 terdekat..
Subhanallah…salah seorang sahabatku (*bez friend sampai mati ) yang disini aku gelarkan sebagai “si Comel”..aku ajukan soalan nie kepadanya...
Soalanku :
“Mukmin yang paling sempurna IMANnya adalah yang paling BAIK akhlaknya”…jujurlah…pada pendapatmu ngano(*bagaimana) akhlakku?
Jawap Si Comel :
“ Jujurnye, ak ske akhlakmu,..tpi,mu KOYA ckit kot..ngeee~~..tpi ,normal la…manusia mne ad smpurna!”
Terima kasih ku ucapkan…. Katanya…aku KOYA yang pada pandanganku membawa maksud takabbur…
Betul ke aku seorang manusia yang takabbur (sombong)?
Ya Allah ampunilah aku….hatiku tersentak ketika membaca jawapannya…
Jadi aku tuliskan post kali ini semoga menjadi peringatan dan tazkirah kepada mereka yang ingin mengambil iktibar..
Firman Allah di dalam surah Al-baqarah ayat ke-34:
“ingatlah ketika Kami perintahkan kepada malaikat, “sujudlah kalian kepada Adam !” Maka sujudlah mereka, kecuali Iblis menolak dan SOMBONG dan tergolong dari orang2 kafir”
Demi kemulian Allah, ini merupakan kehormatan yang besar yang Allah berikan kepada anak Adam ketika Allah memerintahkan malaikat supaya bersujud kepadanya.
Siapakah Iblis?
Ibnu Abbas berkata, “ iblis termasuk salah satu suku dari malaikat yang disebut sebagai al-jin, mereka telah dijadikan dari api samum, bernama al-harits, bahkan ia termasuk penjaga syurga, sedangkan malaikat yang lainnya dijadikan dari Nur, selain golongan ini.
Di dalam Quran juga disebutkan bahawa jin dijadikan dari ujung sulatan api jika dinyalakan, sedangkan manusia dijadikan dari tanah liat, dan perkara pertama yang tinggal di bumi ialah jin, lalu mereka berbuat maksiat dan menumpahkan darah . lalu Allah mengutuskan mereka Iblis dengan tentera Malaikat yang membunuh mereka dan menhalau sebahagian mereka ke pulau di tgh laut dank e gunung2, sesudah itu iblis mula merasa SOMBONG dan berkata, “ Aku telah berbuat sesuatu yang blom pernah dilakukan oleh org lain”. Allah mengetahui apa yg dihati Iblis yang tdk diketahui oleh para malaikat. Kerana itu, apabila malaikat bertanya.:
“apakah khalifah yang akan dijadikan kelak itu akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah di muka bumi?”
Jawap Allah:
“Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”
(*yakni Allah mengetahui apa yang terkandung didalam hati Iblis dari kesombongannya.)
Kemudian Allah menjadikan Adam. Sesudah dibentuk, Adam dibiarkan selama 40 hari berupa tanah liat kering, sehingga Iblis berjalan, menendangnya lalu bersuara:
“ jika aku berkuasa atasmu aku binasakan kamu, dan bila kamu berkuasa atasku, aku akan menentang maksiat kepadamu.”
I
bnu Abbas R.A berkata, “Dahulunya Iblis sebelum melaksanakan pelangaran dosa bernama Azazil, dan ia termasuk makhluk yang rajin beribadat dan luas ilmunya, kerana itu ia merasa SOMBONG.”
Permulaan dosa itu adalah kerna SOMBONG. Dalam hadis shahih Rasullullah bersabda, “Tidak dapat masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan”.
Di dalam kitab al-hikam karangan Syaikh Ibnu Atho’illah:
“ Siapa yg merasakan diri bertawaduk, maka bererti ia benar2 SOMBONG, sebab tidak mungkn ia merasa tawaduk kecuali kalau ia merasa besar/tinggi, kerna itu bila engkau menetapkan bahawa dirimu itu besar/ tinggi, maka benar2 engkau telah sombong (mutakkabbir seperti yang terjadi kepada IBLIS). Maka apabila engkau menetapkan dirimu bertawaduk (merasa rendah diri) yakni padahal engkau itu seorang besar dan tinggi, maka itu bererti engkau benar2 telah sombong.”
Seseorang yg merasakan bahawasanya dirinya tawaduk ttp disebabkn oleh perasaan bangga diri yang kononnya merupakan perasaan merendah diri itulah hakikat KESOMBONGAN.
(*maknanya merasa diri ini tawaduk(merendah diri) sedangkan mereka yang tawaduk xpernah merasakan dirinya tawaduk ttp sentiasa meletakkan penilaian dirinya hanya kepada Yang Maha Esa)
Erti takabbur menurut Rasullullah:
“ Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain”
Yakni menghina org lain disebabkan merasa diri besar dan tinggi,mulia.
“bukan org yg tawaduk apabila seseorang yg bila bertawaduk lalu merasakan bhwa ia tlh mengalah/ merendah diri, ttp org tawaduk ialah yg bila berbuat sesuatu merasa diri blum layak mendapatkan kedudukan itu”
Assysyibly berkata: Siapa yg merasa diri berharga, maka ia tidak bertawaduk.
Abu Yazid berkata : Selama seseorg itu merasa ada org yg lebih jahat drpdnya, maka ia SOMBONG.
Ya Allah, Jadikanlah bukan dari golongan mereka yang SOMBONG DAN TAKABBUR
rujukan:
tafsir ibnu katsier jilid 2 dan al-hikam
No comments:
Post a Comment