Showing posts with label Kisah-kisah Nabi2. Show all posts
Showing posts with label Kisah-kisah Nabi2. Show all posts

KISAH NABI ADAM a.s.

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

Ini adalah koleksi kisah2 para Nabi. Semoga bermanfaat.


--------------------------------------------------------------------------------------------------


Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)

Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.

Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."