Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Nisfu Sya'ban : Kelebihan atau Berlebih Lebihan

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Daripada Mu’az Bin Jabal radhiyallahu ‘anhu berkata; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya’ban, maka Dia mengampunkan hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan orang yang bermusuhan.”
[Hadis Riwayat al-Bazzar, at-Thabarani, disahihkan oleh Ibnu Hibban, disahihkan oleh al-Albani dalam silsilah al-Ahadith as-Sahihah jilid 3, m/s 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arif, Riyadh]

Akan tetapi hadis di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya’ban! Tidak ada kaifiat mahu pun fadhilat amalan yang dinyatakan oleh hadis tersebut.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi ditanya tentang amalan pada nisfu sya’ban, beliau menjawab:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabat, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentangan maknanya. Perhimpunan (malam nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fatawa al-Mu`asarah, jilid 1, m/s 382-383]

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid‘ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam pada hari ini. Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentuMalah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali radhiyAllahu ‘anhu: “Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah ‘azzawajalla akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku? akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku? akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan? akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku? akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini? adakah begitu? dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar..”
[Hadis ini adalah maudhu’ (palsu), diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dha’ifah al-Jami’, Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah oleh al-Albani, dan Dha’if Ibnu Majah]

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiyAllahu ‘anhuma bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban, ia tidak akan keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya.”
[Hadis ini adalah Maudhu’ (palsu). (Rujuk: Ibnul-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cetakan 1983, 2/128). Imam ad-Daruqutni meriwayatkan hadis ini daripada Muhammad bin Abdun bin Amir as-Samarqandi dan beliau mengatakan bahawa Muhammad bin Abdun adalah seorang pendusta dan pembuat hadis palsu. Perkara ini juga disebut oleh Imam adz-Dzahabi bahawasanya Muhammad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis palsu]

Al-Hafiz al-Iraqi berkata: “Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’ (palsu), direkacipta dan disandarkan kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.” Hal ini juga disebut oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat ar-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama).”
[Rujuk: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz, at-Tahzir minal Bida’, cetakan ke-3, Universiti Islam Madinah, halaman 14]

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: “Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direkacipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dha’if (lemah) dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ (palsu) seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ulama.”
(Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz, at-Tahzir minal Bida’, halaman 11]

Para ulama muktabar lain seperti Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Suyuti, Abu Bakar at-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibnu Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Sya’ban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan kepada mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah.

Hal ini telah disebut Imam as- Suyuti:
“Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.”
[Rujuk: as-Suyuti, al-amru bittiba’ wan-nahyu ‘anil-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cetakan 1, 1998), halaman 61]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
“Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam  hanya berdoa dan beristighfar pada malam itu, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam itu, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.”
“Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya.” 
[Al-Qaradhawi, Fatawa al-Mu’asarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cetakan ke-5, 1990), 2/379-383]

Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang memperbanyakkan puasa baginda pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang.

Menurut Dr.  Yusuf al-Qaradhawi:
“Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata.”
[Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Mu’asarah, 2/343]

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Rujuk Sahih Muslim – hadith no:  1718 (Kitab al-Aqdiyyah, Bab kritikan ke atas hukum batil dan perkara ciptaan baru)]

Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan:
“Hendaklah seseorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyari’atkan Allah, dengan kaifiyyat (tatacara) yang diredhai-Nya. Janganlah ibadah seseorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan..Tidak boleh bagi sesiapa pun dari kalangan imam-imam kaum muslimin sekalipun tinggi darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana badan ilmu sekalipun hebat kedudukannya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana institusi ilmu, atau golongan dari kaum muslimin sama ada kecil atau besar, untuk mencipta (ibtida’) ibadah yang baru dalam agama Allah atau menokok tambah ibadah yang ada dalam agama atau mengubah cara yang dilakukan pada zaman Rasululah sallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana pembuat syari‘at hanyalah Allah manakala ar-Rasul (Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam) adalah penyampainya sedangkan kita hanyalah pengikutnya. Segala kebaikan itu dalam al-ittiba’ (mengikut apa yang ditentukan Allah dan Rasul-Nya).”
[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-`Ibadah fil-Islam, m/s 165, 166 & 167]

FAHAMI, CINTAI, JIWAI SUNNAH.
WALLAHU A’LAM. 

Allah...Aku Merayu ,Jangan Biarkan aku bersedih

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

Semoga kita tidak lagi menghadapi hari2 yang sedih

Jika kita ingin menghilangkan rasa sedih dan berduka, maka berdoalah :




“Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam), dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku”. (HR. Ahmad 1/391 dan Al-Albani menyatakan shahih).



“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. (HR. Bukhari 7/157).“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. (HR. Bukhari 7/157).



DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ


“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia.” (HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092)


اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،


وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ


“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”
(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)



لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ


“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau.
Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”

(HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits ini shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168)


اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئً


“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”
(HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335)


selamat beramal

=)

last2...

"Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."[10:65]

Pesanan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah  : “Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :


1. Khatam Al Qur’an
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

sweetness of faith...

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


“The sweetness of faith is for the one who is pleased with Allah as Lord, with Islam as a religion and with
Muhammad as a prophet and a messenger.”

“ The meaning of this hadith is not to seek other than Allah I and not to head on a path other than Islam and
not to follow except what was made mention of in the Shari`a of Muhammad r. And there is no doubt in that
whoever has this attribute (the law of Muhammad r), then he has already tasted the sweetness of imaan into
his heart.”

Sahih Muslim, with the Sharh by Imaam Nawawi, V. 2, p. 2

Allah is sufficient as Witness

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Narrated Abu Hurairah (ra):

The Prophet said, "An Israeli man asked another Israeli to lend him one thousand Dinars. The second man required witnesses.

The former replied, 'Allah is sufficient as a witness.' The second said, 'I want a surety.' The former replied, 'Allah is sufficient as a surety.' The second said, 'You are right,' and lent him the money for a certain period. The debtor went across the sea. When he finished his job, he searched for a conveyance so that he might reach in time for the repayment of the debt, but he could not find any. So, he took a piece of wood and made a hole in it, inserted in it one thousand Dinars and a letter to the lender and then closed (i.e. sealed) the hole tightly. He took the piece of wood to the sea and said. 'O Allah! You know well that I took a loan of one thousand Dinars from so-and-so. He demanded a surety from me but I told him that Allah's Guarantee was sufficient and he accepted Your guarantee. He then asked for a witness and I told him that Allah was
sufficient as a Witness, and he accepted You as a Witness. No doubt, I tried hard to find a conveyance so that I could pay his money but could not find, so I hand over this money to You.' Saying that, he threw the piece of wood into the sea till it went out far into it, and then he went away. Meanwhile he started searching for a conveyance in order to reach the creditor's country. One day the lender came out of his house to see whether a ship had arrived bringing his money, and all of a sudden he saw the piece of wood in which his money had been deposited. He took it home to use for fire. When he sawed it, he found his money and the letter inside it. Shortly after that, the debtor came bringing one thousand Dinars to him and said, 'By Allah, I had been trying hard to get a boat so that I could bring you your money, but failed to get one before the one I have come by.'

The lender asked, 'Have you sent something to me?' The debtor replied, 'I have told you I could not get a boat other than the one I have come by.' The lender said, 'Allah has delivered on your behalf the money you sent in the piece of wood. So, you may keep your one thousand Dinars and depart guided on the right path.' "

Sahih Al-Bukhari, 3/2291

Jadikanlah aku satu di antara 7 . . .

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “ada tujuh golongan manusia yang kelak akan memperoleh naungan dari Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan kecuali naungan-Nya, (mereka itu ialah):

1. Imam/pemimpin yang adil.

2. Pemuda yang terus-menerus hidup dalam beribadah kepada Allah.

3. Seorang yang hatinya tertambat di masjid-masjid.

4. Dua orang yang bercinta-cintaan karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah pun karena Allah.

5. Seorang lelaki yang diajak (berbuat maksiat) oleh seorang wanita kaya dan cantik, lalu ia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”.

6. Seorang yang bersedekah dengan satu sedekah dengan amat rahsia, sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.

7. Seorang yang selalu ingat kepada Allah (dzikrullâh) di waktu sendirian, hingga melelehkan air matanya.

(HR. Bukhari dan Muslim)