Showing posts with label al-quran. Show all posts
Showing posts with label al-quran. Show all posts

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Qur'an

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...



Al-Qur'an adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Qur'an dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Qur'an kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Qur'an adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri dan bukan diciptakan manusia)

Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Qur'an. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Qur'an.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Al-Qur'an dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. 

Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Nisfu Sya'ban : Kelebihan atau Berlebih Lebihan

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Daripada Mu’az Bin Jabal radhiyallahu ‘anhu berkata; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya’ban, maka Dia mengampunkan hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan orang yang bermusuhan.”
[Hadis Riwayat al-Bazzar, at-Thabarani, disahihkan oleh Ibnu Hibban, disahihkan oleh al-Albani dalam silsilah al-Ahadith as-Sahihah jilid 3, m/s 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arif, Riyadh]

Akan tetapi hadis di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya’ban! Tidak ada kaifiat mahu pun fadhilat amalan yang dinyatakan oleh hadis tersebut.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi ditanya tentang amalan pada nisfu sya’ban, beliau menjawab:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabat, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentangan maknanya. Perhimpunan (malam nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fatawa al-Mu`asarah, jilid 1, m/s 382-383]

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid‘ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam pada hari ini. Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentuMalah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali radhiyAllahu ‘anhu: “Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah ‘azzawajalla akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku? akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku? akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan? akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku? akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini? adakah begitu? dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar..”
[Hadis ini adalah maudhu’ (palsu), diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dha’ifah al-Jami’, Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah oleh al-Albani, dan Dha’if Ibnu Majah]

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiyAllahu ‘anhuma bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban, ia tidak akan keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya.”
[Hadis ini adalah Maudhu’ (palsu). (Rujuk: Ibnul-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cetakan 1983, 2/128). Imam ad-Daruqutni meriwayatkan hadis ini daripada Muhammad bin Abdun bin Amir as-Samarqandi dan beliau mengatakan bahawa Muhammad bin Abdun adalah seorang pendusta dan pembuat hadis palsu. Perkara ini juga disebut oleh Imam adz-Dzahabi bahawasanya Muhammad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis palsu]

Al-Hafiz al-Iraqi berkata: “Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’ (palsu), direkacipta dan disandarkan kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.” Hal ini juga disebut oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat ar-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama).”
[Rujuk: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz, at-Tahzir minal Bida’, cetakan ke-3, Universiti Islam Madinah, halaman 14]

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: “Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direkacipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dha’if (lemah) dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ (palsu) seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ulama.”
(Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz, at-Tahzir minal Bida’, halaman 11]

Para ulama muktabar lain seperti Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Suyuti, Abu Bakar at-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibnu Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Sya’ban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan kepada mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah.

Hal ini telah disebut Imam as- Suyuti:
“Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.”
[Rujuk: as-Suyuti, al-amru bittiba’ wan-nahyu ‘anil-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cetakan 1, 1998), halaman 61]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
“Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam  hanya berdoa dan beristighfar pada malam itu, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam itu, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.”
“Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya.” 
[Al-Qaradhawi, Fatawa al-Mu’asarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cetakan ke-5, 1990), 2/379-383]

Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang memperbanyakkan puasa baginda pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang.

Menurut Dr.  Yusuf al-Qaradhawi:
“Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata.”
[Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Mu’asarah, 2/343]

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Rujuk Sahih Muslim – hadith no:  1718 (Kitab al-Aqdiyyah, Bab kritikan ke atas hukum batil dan perkara ciptaan baru)]

Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan:
“Hendaklah seseorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyari’atkan Allah, dengan kaifiyyat (tatacara) yang diredhai-Nya. Janganlah ibadah seseorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan..Tidak boleh bagi sesiapa pun dari kalangan imam-imam kaum muslimin sekalipun tinggi darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana badan ilmu sekalipun hebat kedudukannya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana institusi ilmu, atau golongan dari kaum muslimin sama ada kecil atau besar, untuk mencipta (ibtida’) ibadah yang baru dalam agama Allah atau menokok tambah ibadah yang ada dalam agama atau mengubah cara yang dilakukan pada zaman Rasululah sallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana pembuat syari‘at hanyalah Allah manakala ar-Rasul (Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam) adalah penyampainya sedangkan kita hanyalah pengikutnya. Segala kebaikan itu dalam al-ittiba’ (mengikut apa yang ditentukan Allah dan Rasul-Nya).”
[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-`Ibadah fil-Islam, m/s 165, 166 & 167]

FAHAMI, CINTAI, JIWAI SUNNAH.
WALLAHU A’LAM. 

Allah...Aku Merayu ,Jangan Biarkan aku bersedih

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

Semoga kita tidak lagi menghadapi hari2 yang sedih

Jika kita ingin menghilangkan rasa sedih dan berduka, maka berdoalah :




“Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam), dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku”. (HR. Ahmad 1/391 dan Al-Albani menyatakan shahih).



“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. (HR. Bukhari 7/157).“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. (HR. Bukhari 7/157).



DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ


“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia.” (HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092)


اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،


وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ


“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”
(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)



لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ


“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau.
Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”

(HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits ini shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168)


اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئً


“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”
(HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335)


selamat beramal

=)

last2...

"Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."[10:65]

SAYA MESTI MUSLIM DARI SUDUT AQIDAH ?

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Aqidah merupakan asas utama kepada agama Islam bersumberkan kepada al-Quran dan Sunnah. Penolakan ke atas aqidah akan membawa kepada kekufuran dan kepincangan hidup.

Keadaan Sebaik2 suami dan ayah di akhirat..

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua),pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan bergembira ria, dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka.
(surah  Abasa ayat 33-42)

     Diatas merupakan ayat2 terakhir surah Abasa yang menggambarkan suasana di hari akhirat setelah ditiupkan sangkakala. Keadaan pada hari tersebut, setiap insan sibuk dengan urusan dan keselamatan dirinya sendiri sehingga menjauhkan diri dan tidak mempedulikan sahabat handai dan kaum kerabat.

Mohonlah keampunan...

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...



Rasulullah, sallallahu `alaihi wa sallam, berkata:" sebaik-baik doa untuk memohon pengampunan adalah hamba berkata:
'Allahumma' anta rabbee, illa 'anta, khalaqtanee, wa' 'ilaha' La 'ana `ala` ahdika wa wa `dika mastata` tu,' ana `abduka, wa a` outhu bika min sharri Sana `ma tu, ' aboo'u laka bini `'alayya, wa' matika bithambee aboo'u, illa 'anta' aththunooba 'fa'innahu yaghfiru la faghfirlee.'Wahai Allah, Engkau Tuhanku, tidak ada ilah melainkan Engkau. Kau menciptakan aku, dan aku hamba-Mu, dan aku akan tetap berpegang pada perjanjian-Ku dan janji [iman dan ketaatan yang tulus] untuk-Mu, untuk kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang telah aku lakukan, aku mengakui kurniaan-Mu kepadaku, aku mengakui,dosa2ku. Maka ampunkanlah aku kerana hanya Engkau yang Maha pengampun.

Siapa pun yang mengamalkannya ketika dia memasuki pada malam, maka,jika dia mati malam itu, ia akan masuk syurga, dan jika seseorang mengamalkannya  saat ia masuk pada waktu pagi, lalu, meninggal hari itu, ia akan masuk syurga "[Al-Bukhari].

Dalam Sahih Muslim Rasullullah bersabda: "Aku mencari pengampunan seratus kali dalam sehari." [Muslim]
`Abdullah bin` Umar berkata: Kami mengira dalam satu kali duduk Rasulullah, sallallahu `alaihi wa sallam, mengatakan seratus kali:" Rabi-ghfir-lee wa tub `alayya innaka anta-t-tawwabu-l-Ghafoor. " [Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan menerima pertobatan saya, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun.] [Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah]

Allah Ta'ala berkata: "Mereka yang mencari pengampunan sebelum fajar (pada akhir malam)." [Aal `Imran (3): 17] Beberapa dari mereka berkata:" Hidupkanlah malam anda dengan melakukan sembahyang, dan ketika saat malam datang, sibukkanlah diri dengan mencari pengampunan. "

Allah berfirman: "Dan mintalah keampunan kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani .." [Al-Muzammil (73): 20]

"Ketika kemenangan Allah telah datang dan penaklukan, dan anda melihat orang-orang masuk ke dalam agama Allah pada orang ramai, maka bertasbihlah [Nya] dengan memuji Tuhanmu dan mintalah pengampunan-Nya. Memang, Dia yang pernah Menerima pertobatan . " [An-Nasr (110) :1-3]

Inilah sebabnya mengapa agama ditubuhkan dengan Tauhid dan beristighfarlah, sebagaimana Allah Ta'ala berkata:. Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa khabar gembira kepadamu daripada-Nya, dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.”[Huud(11):1-3]

Dan Allah berfirman: " Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepadaNya dan mohonlah ampun kepadaNya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya, [Fussilat (41): 6]. Dan Dia berkata: Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.." [Muhammad (47): 19]

Terdapat satu kisah tentang : "Para syaitan berkata: Hancur manusia kerana dosa, dan manusia menghancurkan kami dengan 'Laa ilaha Allah ' dan sentiasa mencari pengampunan dari sisi Allah." [Dilaporkan oleh Ibn Abi Asim dan Abu Ya `la, ]. Yoonus, `alayhis salam, berkata Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim .. " [Al-Anbiyaa '(21): 87]

Nabi, sallallahu `alaihi wa sallam, ketika ia akan naik kudanya, ia akan memuji Allah, lalu berkata Allahu Akbar sebanyak tiga kali, lalu berkata:Lã 'ilãha 'illa 'anta subhãnaka, thalamtu nafsee, faghfirlee " [Saya bersaksi bahawa tidak ada ilah 'kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, aku telah menzalimi diriku sendiri, jadi maafkan saya] [Abu Daud dan at-Tirmidzi, yang mengatakan itu adalah hasan sahih]

Dan setiap kali habis sesuatu majlis atau pertemuan maka bacalah tasbih kafarah: "Subhanaka 'Allahumma wa bihamdika,' 'Laa' ilaha 'an la' anta ash-hadu, ilayka atoobu 'astaghfiruka wa' '." [Maha Suci Engkau 'saya' Ilah O dan Aku di dalam memuji-Mu, aku bersaksi bahawa tidak ada 'ilah kecuali Engkau, aku meminta maaf Engkau dan bertaubat kepada-Mu.] [Abu Dawud dan At-Tirmidzi, yang mengatakan hal ini hasan sahih]

Jangan cuma mengaku Cinta...

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

Ciri-ciri orang yang bercinta...


1. Banyak mengingat dan menyebut kekasihnya

Manusia yang sedang mencintai sesuatu pasti tidak akan melepaskan kecintaannya, dari ingatannya terhadap kekasih walau sejenak. Ketika makan, minum, sedang bermain atau bersendiri, dia akan terkenang-kenangkan kekasihnya lantas menyebut namanya.

"Wahai orang-orang yang beriman, sebutlah nama Allah dengan sebutan yang banyak" (Al-Ahzab ayat 41)

Namun, cinta tak cukup dengan hanya melafazkan sahaja.

Petua pelajar cemerlang..

Assalamualaikum ... Bismillahir Rahmanir Rahim...

artikal : Dr. Munirah
editor : kasihsayang


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

Billah..untuk apa ilmumu??

Assalamualaikum ... Bismillahir Rahmanir Rahim...



"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255

Pengenalan
Ilmu
Di dalam al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna, tetapi di sini cukuplah dengan membicarakan pengertian ilmu itu dalam Bahasa Melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti ;
  1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
  2. Kajian dalam sesuatu perkara.
  3. Hadirnya makna dalam diri seseorang.

wahai muslimah..


Wahai Saudariku seagama…




Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira samada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. 

zina dan video lucah...haa3..




surah an-nur ayat 32 : 

"Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian[1035] diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." 

[1035]. Maksudnya: hendaklah laki-laki yang belum kawin atau wanita- wanita yang tidak bersuami, dibantu agar mereka dapat kawin.




Bertaubatlah Wahai Manusia..






Syarat2 taubat :

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:

1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

ya Allah...adakah aku dari mereka2 yang sombong takabbur??


Bismillah…
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…

Hari nie ak mendapat satu pengajaran yang amat berharga. Syukur kepada Allah dan terima kasih aku ucapkan kepada si “comel”…aku bertanya kepada si Comel...

Semasa sedang beriktikaf di masjid An-nur UTP. Aku menghabiskan masa antara maghrib dan isyak dengan membaca buku2 yang diwakafkan utk masjid tersebut..aku terbaca satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Dawud yang berbunyi

“Mukmin yang paling sempurna IMANnya adalah yang paling BAIK akhlaknya”..
Jadi aku terfikir..bagaimana sebenarnya keadaan akhlakku..
Jadi aku bertanya kepada sahabat2 terdekat..

surah-surah sunat...=)

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit
mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

video of deaths by sheikh faez............=)


sape yang nak versi panjang...bleh mintak nga saya...
ayat-ayat al-quran yang menceritakan tentang kematian yang manusia lupakan...
1."Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."(al-jumu'ah:8)

Hidayah



1..Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi peyunjuk kepadanya. (18:17)