Ciri-ciri orang yang bercinta...
1. Banyak mengingat dan menyebut kekasihnya
Manusia yang sedang mencintai sesuatu pasti tidak akan melepaskan kecintaannya, dari ingatannya terhadap kekasih walau sejenak. Ketika makan, minum, sedang bermain atau bersendiri, dia akan terkenang-kenangkan kekasihnya lantas menyebut namanya.
"Wahai orang-orang yang beriman, sebutlah nama Allah dengan sebutan yang banyak" (Al-Ahzab ayat 41)
Namun, cinta tak cukup dengan hanya melafazkan sahaja.
Namun, cinta tak cukup dengan hanya melafazkan sahaja.
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sahaja"( surah An-Nisa ayat 142)
Perlu diingat, bahawa Allah menyebut MUNAFIK bagi orang yang sedikit mengingatiNya. Khuzaifah Al-Yamani, seorang sahabat yang pakar dalam bidang kemunafikan, dan secara langsung mendapat pengiktirafan dari Rasulullah dalam penegsanan masalah munafik menyatakan: "Barang siapa merasa aman dari kemunafikan bererti dia munafik". Diantara doa yang sering dilantunkan Khuzaifa setiap kali selesai solat adalah: "Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu dari khusuyuknya orang-orang munafik"
2. Rasa rindu untuk bertemu kekasih
Orang yang sedang bercinta, rindunya terhadap kekasih sering bertamu di hati. Pertemuan dengan kekasihnya adalah saat yang sangat didambakan. Walau apa jua rintangan, dia akan berusaha untuk melepasinya.
Seorang muslim yang cinta Allah tidak akan takut mati, kerana itulah satu-satunya waktu dia dapat menemuiNya. Inilah perkiraan yang membawa Khalid Al-Walid sang komandan agung pasukan Islam berkata kepada pasukan musuh: "Telah datang kepada kamu sekelompok manusia yang mencintai mati sebagaimana kamu mencintai hidup"

Dengarkan cerita antara Allah, Ibrahim a.s dan malaikat maut. Pada hari terakhir kekasih Allah nabi Ibrahim a.s di dunia. Maka datanglah malaikat maut untuk mencabut nyawa baginda. Malaikat tersebut member salam kepada baginda lalu meminta izin untuk mencabut nyawa baginda. Maka baginda bertanya kepada Allah, “Ya Allah, Tuhanku..adakah Kau sanggup untuk melihat kekasih-Mu kesakitan dengan sakitnya sakratul maut?”. Mendengar pertanyaan kekasih-Nya itu. Maka Allah berfirman, “adakah kekasih yang tidak rindu untuk bertemu dengan kekasihnya?”. Mendegar jawapan Allah maka katalah nabi Ibrahim kepada malaikat maut, “cabutlah nyawaku sekarang kerana aku terlalu rindu kepada kekasihku”..
Kalau kita berada ditempat nabi Ibrahim di mana ajal datang menjemput yang mana hadirnya adalah satu kepastian adakah kita akan mampu untuk tersenyum kerana mendapat khabar gembira tentang tempat kita di syurga atau kita diantara mereka hidup penuh dosa yang menyesali hidupnya sendiri??? Lu pikir la sdiri ..
3. Merasakan asiknya berbicara berduaan dengan kekasih
Berkhalwat dengan kekasih merupakan idaman orang yang bercinta. Orang mukmin yang mencintai Allah sebenar-benar cinta akan merasa asyiknya bermunajat dalam doa, dalam solat dan dalam butiran pengharapannya. Orang-orang ini segera memenuhi panggilan Allah, tidak akan membuang masa atau menunda-nunda untuk segera berdialog dengan kekasihnya.
Solat merupakan saat kita untuk berbicara dengan Allah. Jadikanlah Allah tempat mengadu. Tempat untuk meluahkan perasaan. sebagai contoh, aku telah jatuh cinta pada suatu hari pada soaring gadis yang pada pandangan mataku solehah. Jadi aku telah bercerita dengan tentangnya kepada Allah walaupun Allah lebih mengetahui. Dengan harapan sekiranya dia merupakan jodohku dari sisinya maka jadikanlah dia seorang yang solehah dan pemberani. Seorang yang mampu untuk menegurku di saat aku salah dan seorang yang bisa menjadikan teguranku sebagai ikutan. Dan sekiranya dia bukan jodohku maka aku mengharapkan kepada Allah agar memakbulkan juga doaku agar dia mampu menjadi kekuatan bagi saudaraku yang bertuah memilikinya. =3

(*sekadar perkongsian dariku)(*psstt...kalau tahu siapa gadis 2...jgn bising, diam2 sudah..=D ...)
Namun begitu masih ada mereka yang malas untuk menemui-Nya seharusnya malu dengan sindiran Allah dalam surah An-Nisa ayat 142: "...Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas"!
Contohilah sahabat nabi, hazrat Khanzalah, seorang sahabat muda yang baru menikmati saat malam pertama pernikahannya, tiba-tiba terdengar panggilan yang boleh memitamkan manusia zaman ini; panggilan jihad, panggilan Illahi. Dengan tergesa-gesa dia menyuruh isterinya menyiapkan pedang dan pakaiannya dan dia masuk ke medan perang.
Apabila pagi, sahabat dikejutkan oleh sesusuk mayat yang basah kuyup oleh siraman air, padahal tiada hujan mahupun mata air. Mereka menanyakan isterinya perihal itu. Dengan malu-malu sang isteri menjawab, "Dia sedang junub ya Rasulullah dan ketika pergi dia belum sempat mandi" Rasulullah mengatakan: "Aku melihat sesusuk mayat terangkat ke langit dan dimandikan malaikat. Dialah Khanzalah si syahid yang dimandikan malaikat"
4. Rasa cemburu dan marah apabila kekasih diganggu atau direndahkan

Sang kekasih tak akan sanggup melihat buah hatinya diinjak-injak oleh orang lain. Bagaimanakah cinta seorang muslim apabila melihat ayat Allah diperlekehkan, dihina, dikatakan ayat syaitan, dia tenang sahaja tanpa tersinggung? Ayat2 al-Quran dapat di ibaratkan seumpama surat cinta yang maha indah dari Kekasih kita yang begitu mengambil berat perihal kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Hal ini kerana di dalam al-Quran terdapat berita2 gembira mengenai syurga bagi mereka2 yang taat dan juga terdapat ugutan2 tentang neraka sebagai pendinding dari menjauhi maksiat. Jadikan membaca al-Quran sebagai amalan harian walaupun Cuma sepipi(semuka) (*xpasti sama ada sepipi adalah bhs melayu atau bahasa Kelantan, apapun faham2 la nye )
5. Bergetar pabila disebut nama kekasih
"Orang-orang mukmin itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah keimanan meraka..." (surah Al-Anfal ayat 2)
Apa perasaan kekasih kita, andai kita mengingkari kata-katanya, tidak memahami surat cintanya, atau mungkin sekadar menerima tapi tidak membacanya, malah yang lebih parah mengoyak dan membuang surat darinya? Tentulah kekasih akan marah, mungkin minta ‘clash’. Surat cinta dari Allah adalah Al-Quran, yang terlalu mahal harganya, penuh dengan pesanan, sarat dengan ilmu. Jangan sampai Allah memutuskan hubungannya dengan kita. Nauzubillah...
Ini hanyalah beberapa petanda, namun dimana cinta kita? Siapa yang lebih dominan di hati kita? Siapa yang sering kita sebutkan? Siapa pula yang paling kita harapkan, kita ingat dan rasa kehadirannya? Masuk kelompok manakah kita? Tepuk dada, tanya iman.
Para sahabat Rasulullah, generasi pertama yakni generasi terbaik umat ini, merupakan contoh kehidupan manusia iaitu manusia yang cinta pada benda berjasad. Cinta para sahabat jauh dari cinta kepada isteri, anak, keluarga, harta dan kenderaan bahkan kepada diri mereka sendiri. Allah bagi mereka merupakan tempat berlabuhnya cinta yang pertama dan utama.
Tapi dengan berlalunya waktu, kekuatan kebendaan mulai menampakkan cengkamannya. Dengan penampilan yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati manusia, termasuk golongan muslim, jaring-jaring materialisme begitu kuat menyemat hati. Ketergantungan seseorang kepada kekuatan ghaib, yang pada mulanya merupakan asas kekuatan hidup, kini dianggap tahayyul dan khurafat.
Kenyataannya, cinta yang diikrarkan oleh sekian ratusan juta muslim terhadap Rabb-nya semakin hambar dan hilang kelazatannya. Kata-kata cinta kepada Allah, Rasul dan Islam kini hanya tinggal slogan-slogan kosong yang tidak mempunyai roh lagi! Maka Tanyalah kepada dirimu sendiri.
Adakah cinta kamu terhadap manusia melebihi cinta kamu kepada Allah?
*ini persoalan kekasih hatiku sendiri terhadap diriku yang lemah ini…
No comments:
Post a Comment