Dajjal dari cerita Tamin ad-dari..

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

Pengalaman Tamin ad-dari…
Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.
Amir berkata, ”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau. ”Fathimah berkata, "Jika engkau mahu nescaya aku lakukan. Amir berkata, "Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata, ”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah. Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata, "Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka. Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda. "Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya. 
Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw. "Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda. "Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya. ’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda, ’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal. 
Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
 Mereka berkata,
“Celaka kau, apakah kamu ini ?
Binatang itu menjawab.
‘Aku adalah mata-mata (spy).’
Mereka bertanya,
‘Mata-mata apa?”
Dia menjawab,
‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’
Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan, "Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab, ”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?
 Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini.  Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya, ”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”
Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”
(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)
Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu apakah kurma berbuah?”
“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’
Lalu dia berkata lagi.
“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!”
(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu dan lebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah dengan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)
“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan ?
“Apakah tasik itu masih berair ?
‘Ya Tasik ilu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”
Dia berkata,
“Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”
(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)
“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”
“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”
“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”
Ya”
“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”
“Apakah demikian?” “Ya”
‘Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya.
Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”
Fathimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”
o r a n g r a m a i menjawab :"Benar.”
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata, ”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.” Hadis riwayat Muslim.
*kalau nk tahu g psal dajjal tgk video psal Dajjal the false messiah.. 
Dajjal adalah ujian Allah keatas manusia yang di ibaratkan Rasullullah sebagai fitnah terbesar.
Memang benar Dajjal akan keluar pada akhir zaman ini, namun apakah usaha kita untuk melindungi diri kita dari fitnahnya. Adakah kita termasuk dari golongan mereka yang selamat atau adakah kita termasuk dalam golongan mereka yang celaka..

Berkenaan konspirasi 2012..adalah tarikh atau tahun 2012 itu merupakan sesuatu yang penting?
Atau apakah mesej disebalik tarikh tersebut yang penting..
Mesej yang saya maksudkan..adakah kita akan terselamat dari fitnah Dajjal??
Padahal walaupun theori2 konspirasi nie bnyk sekarang. Namun,yang pembukaan aurat masih lagi berleluasa dan maksiat nampak gaya macam makin hebat..apa nak jadi?
 Sedangkan Rasullullah mengajarkan kepada kita agar memohon perlindungan Allah dari fitnah Dajjal pada setiap kali tahiyyatul akhir setiap solat yang bermaksud,

“Aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka,
Aku berlinding kepada-Mu dari azab kubur,
Aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah Dajjal,
Dan aku berlindung daripada kejahatan fitnah hidup dan mati”

Haa3…terasa nak tulis pasal Dajjal dgn 2012 nie sebab tadi berbincang dengan Faliq Qushairi(kucai) dalam kereta psal 2012 nie…

Kucai :  wei Billah, ko bila nak kawin?
Billah : haa3..7 tahun lagi la kot…apsal?
Kucai : ko tahu psal 2012 tak? Aku rasa kita patut kawin cepat2..xpayah buat grnad dinner meche..buat    
            grand wedding je..haa3..
Billah : haa3…biar betol ko nie…
Kucai : ye la…ko tahu kan psal perang Armageddon..kalau berlaku tahun 2012 camner? Ko nak kawin dlu                                                 
             ker nak g perang dlu?
Billah : perang dlu ar…ko?
Kucai : kawin dlu ar..
Billah : apsal lak?
Kucai : ye la…aku kalau esok perang. Hari jugak aku kawin….
*jadi saya terkesu dgn jawapan kucai. Tapi bila fikir betul2..logik jugak…
Billah : haah la..kalau g2 ak pun esok perang hari nie gak kawin..lagipun kalau takdir kita mati dlm
             perang. Boleh sambung bercinta kat syurga kn…
Kucai : 2 la psal…haa3..

Jadi antara itulah keputasan yand telah disepakati antara aarif billah dan faliq quhairi..haa3…jadi kami kalau esok perang, hari nie gak kahwin…walaupun xsempat nak bercinta kat dunia sekurang-kurangnya dapat bercinta kat syurga ok la 2 (2 pown kalau dah ada calon).. =p ..haa3..nie semua kucai punya pasal la nie…tbe2 plak cerita pasal kawin…gelenya jugak kucai nie..haa3…apapun ajal maut dan jodoh ditangan Allah..
Lagipun…kalau ditakdirkan mati..atas katil pun boleh mati..betol tak?
Semoga kita selamat dari fitnah Dajjal…
=3
Dajjal nie dapat di ibarat kan macam kematian..ia pasti akan datang… mungkin hadirnya bukan pada hayat kita namun kedatangannya sesuatu yang pasti…
persoalannya..
ADAKAH KITA BERSEDIA UNTUK KEMATIAN DAN UNTUK FITNAH DAJJAL???

Nak tahu lebih lanjut..sila tgk video dajjal the false messiah..



No comments:

Post a Comment