Sabarlah wahai Billah...

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Inilah nota sederhana,
Yang aku tulis buatmu jiwa ,
Jiwa yang sedang gundah gulana,
Buatmu air mata yang kutahan,
Buatmu duka perubah muka,
Sebagai  pengubat rasa,
Sebagai  penawar jiwa,
Dan sebagai peringatan berguna buat semua.

Kalam ini aku tulis sebagai tazkirah, peringatan, dan pembakar semangat buat diriku sendiri yang kini dilanda kerisauan dan rindu yang tiada tara…
Muka Nampak “happy” tapi hati tak semestinya begitu. ..

Subhanallah...kehidupan aku menjanjikan dugaan2 yang luar biasa beratnya. Sesungguhnya Allah  menguji manusia sebagai neraca untuk memperlihatkan kesabaran dan keimanan seseorang hamba.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja mengatakan; “ kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta? “ (Al-ankabut : 2-3)

Hendaklah kau ketahui wahai Billah, ujian dari Allah juga merupakan rahmat penghapus dosa yang bakal mengantikan hukuman di akhirat kelak. Tapi sesungguhnya ujian yang sebegini pun telah cukup membuatkan aku resah gelisah, bagaimana mungkin aku mampu menanggung hukuman di hari yang mana tiada lagi sahabat handai mahupun kaum kerabat yang bersedia melindungiku. Moga2 Allah mengampunkan dosa2 aku, kedua orang tuaku, kaum kerabatku, sahabat-sahabatku, guru-guruku dan muslimin dan muslimat yang berpegang kepada ajaran islam dan semoga mereka yang masih lalai dibuai dunia , moga2 dikurniakan Allah taufiq dan hidayah dari sisi-Nya.
            
          Adakalanya kita berupaya melepasi ujian Tuhan untuk kita, namun adakalanya kita lemah tiada terdaya dan merasakan kita tewas. Disini aku masih bertahan, semoga aku mampu untuk menghadapinya, semoga aku tidak tewas.

                Adakalanya kita seringkali mengeluh dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita  sehingga membawa kita untuk mempersoalkan apa yang ditakdirkan kepada kita.

Semua yang terjadi ada sebab dan akibat yang Allah fikirkan baik untuk kita, seperti fiman-Nya

“boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk untukmu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” Al-baqarah ayat 216

Disini aku cuba menenangkan diriku sendiri tentang kalam aku sendiri, kerana apa pun yang kita fikirkan sama ada positif mahupun negative sesungguhnya sedang didengari  oleh seseorang yang amat penting, iaitu diri kita sendiri..

Ketika aku rasakan ujian ini amat berat, Allah mengatakan

“ Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” al-baqarah ayat 286

Dan ketika kehidupan bagaikan menyiksakan aku,

“ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman” (ali-imran ayat 139)

“…. Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” ( yusuf :87)

Ketika ku rasakan tiada penolong bagiku, Allah berkata

“dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk” (al-Baqarah ayat 45)

Dan aku berharap Allah membeli diriku yang hina ini dengan harga yang mahal.

“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”(at-taubat : 111)

Ya Allah hanya kepadamu aku berharap,

“ cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain-Nya. Hanya kepadanya aku bertawakkal” (At-taubah ayat 129)

          Ya Allah, Jadikanlah aku dari golongan mereka yang beriman, mereka yang bersyukur dan mereka yang Engkau kurniakan ilmu dan hikmah..dan janganlah Engkau sesatkan aku setelah Engkau berikan petunjuk kepadaku dan lindungilah aku dari hasutan syaitan yang membecanakan dan dari keburukan hawa nafsuku sendiri..

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja mengatakan; “ kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta? “ (Al-ankabut : 2-3)

Wahai Allah Tuhan yang Jiwaku didalam genggamanmu, berikanlah aku rasa cinta kepadamu melebihi rasa cintaku kepada orang tuaku, ahli keluargaku, dan juga lebih daripada cintaku kepada mereka yang aku telah jatuh cinta kepadanya. Dan ya Allah, berikanlah aku cinta mereka2 yang mencintai dari kaum kalangan muslimin dan muslimat sebagai peneman dan pembakar semangatku. Dan jadikanlah cintaku kepada Muhammad s.a.w sebagai jalanku untuk mencontohi akhlak dan peribadi baginda. Aku mohon dengan amat sangat kepada-Mu wahai Tuhanku…Aku mohon dengan amat sangat…

Wahai Tuhan, berikan kepada adik-adikku semangat dan kekuatan dari sisi-Mu. Kerana aku tak mampu untuk mambangunkan semangat mereka yang berada dalam genggaman-Mu. Sedangkan aku yang tampaknya tenang, tapi hatiku hanya Kau dan aku yang tahu..

Semoga ujian ini menjadikan aku mukmin yang lebih kuat ..insyaAllah.



No comments:

Post a Comment