haa3.. nie dia koleksi buku aku terbaru...buku ari 2 dah habis baca.buku berjudul, "Diatas Sejadah Cinta"..
hurmm..tapi buku yang tersayang nie bila la plop la baca ek?
hurmmm....esok lusa tests...xpe2...kita study2...nanti free..bleh baca la kot..ala main game pown bleh g skit2..
:-p
=D..klu berminat beli la..xrugi..RM 20 je...kalau xnak bli..bleh pinjam dengan billah bila billah dah habis baca...tapi kenalah hantar balik..hilang nanti susah plop..=D
owh..kat bawah nie dia punya tulisan kat belakang buku nie...
owh..kat bawah nie dia punya tulisan kat belakang buku nie...
Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menepati takhta keistimewaannya yang tersendiri.Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi.Islam menyaksikan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan sejagat,malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat.Tidak hairanlah,dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik,Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.
Saidatina Aisyah r.a.,seorang "ikon" pejuang kemurniaan peribadi wanita,merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang "fikh wanita". Jelas,buku ini tiadalah mampu menggantikan Saidatina Aisyah r.a. dalam merungkai permasalahan wanita,namun buku ini bertindak senagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat syumul Islam,secara tersusun,ringkas tetapi padat. InsyAllah.
Penulis : Dr.Saadudin Mus'ad Hilali
Terjemahan : Fauwaz Fadzil
Terbitan : Pelima Media Sdn Bhd
Terjemahan : Fauwaz Fadzil
Terbitan : Pelima Media Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment