Perihal pagar di syurga dan neraka dan tentang dosa..

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

Pagar syurga dan neraka..

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Ketika Allah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibrail : ‘Pergilah, lalu lihatlah syurga itu.’ Malaikat pun pergi dan melihat kepadanya. Kemudian ia datang dan berkata : ‘Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, tidaklah seseorang yang mendengarnya melainkan ingin memasukinya.’ Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenanngan. Dan Allah berfirman : ‘Wahai Jibrail, pergilah dan lihatlah kepadanya.’ Ia pun pergi dan melihat kepadanya  Ia pun pergi dan melihatnya kemudian ia datang dan berkata : “Wahai Tuhanku, demi keperkasaanMu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang akan memasukinya.” Nabi melanjutkan : “ Ketika Allah menciptakan neraka, Dia berfirman : ‘Pergilah dan lihatlah kepadanya.’ Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata: ‘wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, tidaklah seorang yang mendengarnya  lalu ingin memasukinya.’ Lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan dan Allah berfirman : ‘wahai malaikat, pergilah lalu lihatlah kepadanya.’ Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata : ‘wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu,sungguh aku khuatir, tiada seorang pun tersisa melainkan memasukinya.”
(riwayat Abu Daud, al-tirmizi, al-Nasa’I dan Ahmad)


Tentang Dosa :

“Dosa besar yang tanpa di iringi oleh dosa besar yang lain lebih terjamin untuk diampuni Allah berbanding dosa kecil yang berterusan”(*dari panduan jalan menuju Allah)
Dosa kecil dapat diibaratkan seperti air yang menitip di atas batu yang lama kelamaan akan menyebabkan batu tersebut berubah bentuk manakala dosa besar pula dapat di ibaratkan seperti  semua jumlah air yang menitik pada batu tadi dikumpulkan sekali lalu disimbahkan kepada batu tersebut sudah tentu tak akan mengubah bentuk batu tersebut.


*nie gambar sheikh feiz Muhammad
Sheikh feiz Muhammad pernah memberikan perumpamaan tentang dosa yang bermaksud,
“ Perbuatan dosa ini dapat diibaratkan seperti… kita tengah beratur untuk membuang air besar kat tandas awam dan orang yang sebelum kita nie buang air besar yang baunya 50 meter dah bau dah..tapi kita nie dah kategori  ‘emergency’ jadi terpaksa la masuk jugak…walaupun baunya sangat busuk tapi keadaan yang memaksa, jadi kita masuk la jugak kn..dan bila tengah melaksanakan tanggungjawap tue kita tetap terpaksa menghidu bau yang tidak menyenangkan itu dan lama2 kita akan jadi kalis dengan bau tersebut. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa”
Tapi sheikh feiz cakap dalam bahasa inggeris. Saya translate sdiri. Ala lebih kurang betol la tu..
=p..
Haa3..tapi betul la kan..
Bila dah biasa dengan dosa. Kita dah tak rasa bersalah padahal pada kali pertama buat dosa rasa tak sedap hati . betul tak?
Ini adalah disebabkan hati kita yang dipenuhi tompok2 hitam dosa2 lampau. Jadi kenalah taubat.
Kerana mereka yang bertaubat dari dosa ibarat tak pernah melakukan dosa.
“kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan[1] dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang. “
[1]. Mengadakan perbaikan berarti melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik untuk menghilangkan akibat-akibat yang jelek dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Siap tulis pd pukul 1:36 a.m hari Ahad 17 oktober 2010.

No comments:

Post a Comment