Keadaan Sebaik2 suami dan ayah di akhirat..

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua),pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan bergembira ria, dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka.
(surah  Abasa ayat 33-42)

     Diatas merupakan ayat2 terakhir surah Abasa yang menggambarkan suasana di hari akhirat setelah ditiupkan sangkakala. Keadaan pada hari tersebut, setiap insan sibuk dengan urusan dan keselamatan dirinya sendiri sehingga menjauhkan diri dan tidak mempedulikan sahabat handai dan kaum kerabat.


     Rasullullah bersabda dalam hadis shahih mengenai urusan syafaat, jika tiap orang mohon bantuan para nabi Ulum Azmi untuk memberikan syafaat kepada mereka dihadapan Allah namun semua nabi itu berkata
“ Aku sibuk dengan diriku, tidak ada yang aku fikirkan kecuali keselamatan diriku, sampai Isa a.s mengatakan pada hari ini aku tidak sibuk kecuali dengan diriku sendiri, aku tidak minta untuk Maryam yang telah melahirkan aku.

Ibn Abbas ra berkata : Rassullullah bersabda :

      “ Kalian akan berhimpun dalam keadaan telanjang kaki, dan badan berjalan kaki dan tiada berkhitan. Siti Aisyah bertanya : Ya Rasullullah masing2 orang akan dapat melihat aurat yang lain? Jawap Rasullullah s.a.w :  Bagi tiap orang pada saat itu ada urusan, kesibukan sendiri sehingga tidak akan menghiraukan itu.
(Riwayat Ibn Abi Hatim)

     Ikrimah berkata : Kelak seorang akan menemui isterinnya lalu bertanya : Hai fulanah, bagaimana aku ketika dahulu menjadi suamimu ? Jawapnya : Sebaik-baik suami lalu dipuji kebaikannya, maka berkata suaminya : Pada hari ini aku minta daripadamu satu hasanat (kebaikan) saja semoga itu akan dapat menyelamatkan aku dari bahaya hari ini. Jawap isterinya : Alangkah ringannya permintaamu, tetapi aku tidak dapat member kepadamu apa2 kerana saya juga takut sebagaimana yang kau takutkan itu.

     Dan seorang bertemu puteranya, lalu ia mendakapnya lalu bertanya : Hai anakku, bagaimana keadaanku dahulu ketika menjadi bapamu ? Jawap puteranya : Sangat baik, lalu ia berkata :  Kini aku berhajat kepada bantuanmu, aku minta satu zarah saja dari hasanatmu (kebaikanmu) semoga akan menyelamatkan aku. Jawap anaknya : Alangkah ringanya permintaan ayah tetapi saya sendiri merasa takut dan khawatir sebgaimana ayah kerana itu saya tidak dapat member apa2 kepada ayah.

ini adalah gambaran bagi sebaik2 suami dan ayah. Namun, bagaimana pula mereka yang mengabaikan isteri dan anak2nya?
=D
fikir-fikirkan la...

1 comment:

  1. banyak pahala bagi ayah yang menggembirakan anak anak nya ^__^

    ohh yang mengabaikan tu, moga hati mereka dapat petunjuk dari Allah satu hari nanti..

    pahala dosa Allah S.W.T bagi mereka di akhirat kelak ^__^

    ReplyDelete