As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...
1) Menyempurnakan penghambaan kepada Allah kerana hanya dengan berjihad seharian menentang syaitan barulah manusia mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah.
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala"[35:6]
2) Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Hal ini kerana dengan mengambil pengajaran kejadian yang menimpa Iblis sehingga ia terlaknat dan dihalau keluar dari syurga kerana bersikap sombong dan bongkak. Oleh itu, penciptaan Iblis ini menjadi pengajaran kepada para manusia agar tidak mengikut jejak langkah Iblis sehingga akhirnya kita mampu menggapai syurga yang Allah telah sediakan untuk kita.Dengan ini, ianya akan menjadi pembakar semangat dan juga sebagai peringatan untuk kita mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan semua laranganya.
"Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu." Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah." Dan Allah sangat keras siksa-Nya." [8:48]
3) Syaitan adalah ujian Allah untuk manusia untuk membezakan mereka yang beriman dan yang sebaliknya.
"Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka" [17:64]
Maksud ayat ini ialah Allah memberi kesempatan kepada iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya. Tetapi segala tipu daya syaitan itu tidak akan mampu menghadapi orang-orang yang benar-benar beriman.
4) Sebagai bukti kekuasaan Allah dalam penciptaan-Nya yang mampu menciptakan pasangan2nya yang tersediri. contohnya, bumi dan langit, syurga dan neraka, air dan api, panas dan sejuk, baik dan jahat, Jibrail serta para malaikat dan Iblis serta syaitan2.
"Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan[1], Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan."[13:3]
[1]. Yang dimaksud berpasang-pasangan, ialah jantan dan betina, pahit dan manis, putih dan hitam, besar kecil dan sebagainya
5) Bukti bahawa Allah itu Maha Sabar, Maha Pengasih dan juga Maha Penyanyang terhadap makhluknya. Allah ingin mempamerkan sifat2-Nya agar manusia mengambil pengajaran dan bertambah kasih dan cinta kepada-Nya. Dengan itu, Allah menciptakan makhluk2 yang boleh melakukan kesalahan dan mendatangkan murka-Nya. Rasullullah bersabda, "Jika kamu tidak melakukan dosa, maka Allah akan mengantikan kamu dengan satu kaum yang akan melakukan dosa dan kemudian meminta ampun kepada-Nya, supaya Dia dapat mengampunkan mereka." [riwayat shahih bukhari].
Walaupun ada sebahagian dari kalangan manusia yang melakukan dosa kepada Allah, Allah tetap mengurniakan kepada mereka bermacam-macam nikmat; contohnya: kesihatan, rezeki yang melimpah ruah dan kenikmatan yang perbagai. Allah mengabulkan doa2 mereka dan menjauhkan mereka dari kemudharatan. Allah melayan mereka dengan kebaikan , tidak seperti layanan mereka terhadap Allah.
Menurut satu hadis hassan, Allah berfirman, "wahai anak adam, Kamu berlaku tidak adil kepada-Ku. Aku mengurniakan kebaikan2 kepadamu sedangkan kamu seringkali melakukan kemungkaran terhadapku. Aku cuba memenangi cintamu dengan limpah rahmat-Ku apabila Aku tidak memerlukanmu dan mengapa pula kamu cuba memperoleh murka-Ku sedangkan kamu memerlukan Aku, malah malaikat2 yang mulia seringkali membawa amalan2 maksiatmu kepada-Ku."
Namun, apabila seorang hamba itu bertaubat dan kembali kembali Allah. Allah akan menerima taubatnya selamamana nyawanya masih belum sampai ke halkum.
6) Perkara yang disukai Allah adalah kerana kewujudan syaitan.Walaupun kejahatan dan maksiat berlaku kerana kewujudan syaitan yang menyebabkan kemurkaan Allah; namun kebajikan yang terhasil walaupun setelah di uji oleh syaitan2 lebih Allah sukai; iaitu selepas orang2 beriman yang berjihad menentang nafsunya setelah mendapat bisikan2 syaitan dan kesabaran mereka dalam menempuh cabaran yang syaitan sediakan di jalan2 mereka2 yang mengejar redha Allah.
Demikian pula, walaupun dosa dan ketidaktaatan yang disebabkan oleh Iblis menimbulkan kemurkaan Allah, "Allah lebih senang dengan taubat dari hamba saat ia bertaubat dan kembali kepada-Nya dalam pertaubatan daripada yang antara kamu, yang atas unta di padang pasir tanpa air dan ada pada unta tersebut terletak semua bekalan makanan dan minuman, yang kemudiannya hilang di padang pasir. Setelah putus harapan untuk mendapatkannya kembali, ia berbaring di tempat teduh dan dalam kekecewaan tentang kehilangan untanya dan kemudian dia mendapati bahawa berdirinya unta tersebut di hadapannya.
Dia memegang tali unta tersebut dan merasakan sukacita yang tak terbatas berkata, "Wahai Tuhan, Engkau adalah hamba-Ku dan Aku adalah Tuhanmu "melakukan. Dia tersalah sebut disebabkan terlalu gembira."[shahih muslim 6618]
No comments:
Post a Comment