Ibadat kerana syaitan???

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

ini kisah Ibrahim Adham...

Suatu hari Ibrahim mendapat khabar mengenai seorang ahli sufi remaja yang telah memperolehi pengalaman2 menakjubkan dan telah melakukan disiplin diri yang sangat keras.

“ Tolong hantarkan aku kepadanya, aku ingin sekali bertemu dengannya,” kata Ibrahim


Mereka menghantarkan Ibrahim ke tempat si pemuda yang berlaku seperti kaum sufi.

“ Jadilah tamuku selama 3 hari, “ si pemuda menjemput Ibrahim. Ibrahim menerima jemputannya. Dan selama itu pula Ibrahim memperhatikan tingkah laku pemuda itu. Ternyata yang disaksikan Ibrahim lebih menakjubkan daripada yang di ceritakan sahabat2nya. Sepanjang malam si pemuda tidak pernah tidur atau terlena. Menyaksikan semua itu Ibrahim menjadi iri.

“Aku sedemikian lemah,” kata Ibrahim dalam hati. “ Tidak seperti pemuda ini yang tak pernah tidur dan berehat sepanjang malam. Aku akan mengamati dirinya lebih saksama. Akan aku teliti apakah syaitan telah masuk kedalam tubuhnya atau semua ini wajar sebagaimana mestinya. Yang menjadi persoalan adalah apa yang dimakan seseoarang.


Maka diselidilah makanan si pemuda itu. Ternyata si pemuda memperolehi dari sumber yang tidak halal.

“ Maha Besar Allah s.w.t.,” kata Ibrahim dalam hati, ternyata semua keistimewaan berasal dari syaitan.
Ibrahim berkata kepada pemuda itu, “ Aku telah menjadi tetamu selama 3 hari. Kini kau yang menjadi tetamuku selama 40 hari”

Si pemuda setuju, Ibrahim membawa pemuda itu kerumahnya dan menjamu pemuda itu dengan makanan yang diperolehinya dengan memeras keringatnya sendiri. Seketika itu juga kegembiraan si pemuda itu hilang. Semua semangat dan kerajinannya hilang. Ia tidak dapat lagi hidup tanpa rehat dan tidur. Ia lalu menangis.

“ Apakah yang telah engkau lakukan terhadap diriku? “ Tanya pemuda itu kepada Ibrahim.

“ Makananmu kau perolehi dari sumber yang tidak halal, setiap saat syaitan masuk ke dalam tubuhmu.  Tetapi sebaik sahaja engkau menelan makanan yang halal, maka ketahuilah bahawa semua hal2 yang menakjubkan yang dapat  menakjubkan yang dapat kau lakukan selama ini adalah pekerjaan syaitan ! “


sumber : sejarah Kekeramatan 99 Wali Allah s.w.t m/s 74

1 comment:

  1. menarik kisah ni...makan mknn tak halal pon boley beribadat ek??

    ReplyDelete