Suka Duka itu Rahmat Allah

ha3....hari nie agak sibuk...alang2 blog dah lame x update...cume tambah gambar dan video....hmmm...
tengah stress...
minggu nie..banyak betul suka dan  duka nya...
=)



banyak betul dugaan minggu nie disebabkan salah aku sendiri jugak...ha3...
di tambah pulak dengan tests dan assignment  susah ..
=(



tu la kot muka ak dalam 2..3..hari nie...
subhanallah...
ditambah plak konflik yang x disangka..ditambah pula dengan rahsia yang disengajakan terbongkar...
mungkin ak terlalu jujur kot...
ha3...
entah la...
sekajap g nak study...roomate xder...tak tahu nak cter kat sape..
jadi luah perasan kat blog...
ak telah jatuh cinta...so???
ha3...
insyaAllah...nanti ak nak tulis pasal cinta berdasarkan buku "fiqh of love" yang mengutarakan cinta dari pandangan ulama'..terutamanya Ibn Hazm...
=)

0o0o..terlupa sebenarnya nak menenangkan hati masuk hal cinta plak,
PERINGATAN :::COUPLE TETAP HARAM....

sambung sesi menenangkan hati.....
dimasa hati dilanda duka..
teringat kate2 
Abu bakar r.a, "kami telah diuji dengan kesukaran, maka kami tahan sabar, tetapi ketika diuji dengan kesenanga(kelapangan), hampir tidak sabar(tahan)...

jadi pikir2 balik....kalau aku di uji dengan kesenangan..boleh ker ak tahan...
seram gak tue....huhu...
kalau setakat yang sebegini pun boleh menyebabkan rasa tak sedap hati...
apatah lagi ujian2 Tuhan yang akan datang, yang lebih berat...
semoga Allah memberikan ak kekuatan dari sisi-Nya...InsyaAllah..

sebagai renungan kita bersama...mari kita bace kata2 hikmah dari Abul-Hassan Assyadzily r.a :-

"Alqabdhu wal basthu(risau hati dan riang hati) selalu silih berganti dalam perasaan tiap2 hamba, bagaikan silih berganti siang dan malam. Dan sebenarnya qabdh(risau hati) itu salah satu dari 3:kerana dosa atau kehilangan dunia atau dihina orang. Maka Adab seseorang hamba, jika merasa berdosa harus segera bertaubat dan jika kehilangan dunia, harus rela dan menyerah kepada hukum Allah dan bila dihina orang harus sabar. Dan jagalah dirimu, jangan sampai kamu merugikan dirimu 2 kali, yakni dengan perbuatan mun sendiri, dan hinaan
(aniaya) orang lain. Dan apabila terjadi qabdh (risau hati) itu tidak diketahui sebabnya, maka harus tenang menyerah, tidak lama akan sirna masa gelap dan berganti dengan terang, ada kalanya terang bintang itu ilmu atau sinar bulan itu tauhid, atau matahari iaitu makhrifat, tetapi jika tidak tenang di masa gelap (risau hati)
mungkin akan terjerumus kepada kebinasaan.

Adapun dalam masa suka (riang hati), maka sebabnya adalah satu daripada 3:  kerana bertambahnya kelakuan ibadah(taat) dan bertambahnya ilmu makrifat atau kerana bertambahnya kekayaan atau kehormatan, dan yang ke-3 kerana pujian dan sanjungan orang kepadanya. Maka adab seorang hamba: jika merasa bertambah taat ibadatnya dan ilmu makrifatnya harus merasa bahawasanya itu semata kurniaan Allah, dan berhati-hati jangan merasakan itu kerna kerajinan diri sendiri. Dan jika bertambah keduanian, maka ini pula harus dianggap bahawa itu semata-mata kurnia Allah, dan harus waspada jangan sampai terkena bahayanya.

Adapun jika berupa sanjungan dan pujian orang kepadamu, maka kehambaanmu mengharuskan bersyukur kepada Allah yang telah menutupi kejahatanmu, sehingga orang2 mengenal kebaikanmu semata-mata"

semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran buat diri yang hina dan lemah ini...
dan semoga apa yang ditulis memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya...
sekarang hatiku tenang...JOM STUDY....


"ya Allah...berikanlah kepadaku rasa CINTA kepada-Mu, dan berikanlah ak cinta2 orang yang mencintaimu"

2 comments:

  1. Aku saran mg baca post aku pasal nikah, pahtu mg g la nikah teruh nga kawe tu...

    ReplyDelete
  2. ha3...insyaAllah lepas habis tests dan asgment dan mutabaah tertunggak..
    bnyk sangat..huhu
    0o0o0
    *FOR THE RECORD...THIS HAS NOTHING 2 DO WITH FATIN AMALINA....

    ReplyDelete