9 cara hilangkan mengantuk...

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

Bila semakin dekat dengan final semakin banyak tidur..hehehe
=D


Setiap orang pasti pernah berasa mengantuk setiap hari ketika bekerja.  Tipulah anda sekiranya anda tidak pernah merasa mengantuk di siang hari. Tetapi sekiranya anda mempunyai masalah mengantuk berlebihan, ia akan membantutkan segala produktiviti anda ketika bekerja. Tidur diperlukan di siang hari untuk membekalkan tenaga untuk sentiasa fokus. Sekiranya tidur berlebihan, keadaan sebaliknya berlaku. Tidur berlebihan di sebut ‘hypersomnia’.
Ramai yang memikirkan bahawa kurang tidur merupakan masalah besar. Tetapi mereka tidak pernah memikirkan akibat sekiranya tidur berlebihan. Di sini saya tidak ingin berbincang mengenai masalah tidur berlebihan, kita akan fokuskan kepada bagaimana untuk mengurangkan tidur di siang hari seterusnya meningkatkan produktiviti anda .
1. Dapatkan tidur yang mencukupi
Anda sering mendengar “kamu tidak cukup tidur ni..” dan perkara ini ada betulnya. Tetapi bagaimana tidur dengan cukup yang dimaksudkan?  Tidur dengan cukup pada pandangan saya ialah apabila anda bangun dari tidur pada keesokan hari, anda akan merasa lebih segar dan tidak ingin untuk sambung tidur. Waktu tidur yang normal biasanya adalah daripada 7 hingga 8 jam. Tips dari saya, untuk belajar bangun awal daripada biasa, anda memerlukan latihan. Sama seperti latihan fizikal sekalipun supaya ia menjadi habit. Tekniknya, dalam satu hari, cuba tidur 5-10 minit dalam 2 atau 3 kali sehari. Semasa anda tidur, letakkan jam loceng berjauhan dari anda. Pastikan jauh jam loceng tersebut sehingga memaksa anda untuk bangun untuk memadamkannya. Kemudian renggangkan badan anda dan seterusnya membasuh muka. Jadikan ia sebagai latihan dan percayalah ia akan membantu anda untuk bangun lebih awal!
2. Setkan waktu bangun dengan tetap
Pada setiap hari anda hanya perlu fokuskan kepada waktu bangun anda sahaja. Cuba tidak fokus pada waktu untuk tidur. Setkan jam pada waktu yang anda ingin untuk bangun dan cuba konsisten bangun pada waktu tersebut, anda boleh lakukannya dengan melakukan latihan seperti di atas. Pada waktu malam, biasakan tidur pada ketika anda berasa mengantuk sahaja. Sekiranya anda mengantuk  pada pukul 3 pagi, pastikan anda bangun pada pukul 6 pagi. Keesokannya, anda pasti akan tidur dengan lebih awal dan bangun pada waktu yang sama. Konsepnya di sini, kita tidak ingin cara tidur kita mengganggu ritma circadian badan yang sudah ditetapkan.
3. Tingkatkan untuk tidur lebih awal dari sebelumnya
Dapatkan tidur yang lebih awal dari hari-hari yang sebelumnya. Cuba tidur dengan 15 ritma lebih awal dari sebelumnya. Ubah secara perlahan-lahan supaya cara kita tidur tidak terkejut dengan ritma yang baru. Cara ini lebih baik dari tidur 1 jam awal dari sebelumnya. Apabila sudah tidur 15 minit awal, cuba kekalkan ritma tersebut.
4. Dapatkan habit pemakanan yang tetap
Pastikan anda menjaga waktu makan anda. Anda wajib mendapatkan sarapan supaya ia dapat membekal tenaga kepada anda. Pada waktu tengah hari cuba tidak memakan makanan yang betul-betul berat. Sekiranya anda tidak bersarapan anda akan cenderung untuk memakan lebih banyak pada tengah hari. Ini juga akan menggannggu ritma circadian. Anda harus kekalkan ritma circadian anda. Apabila tidak makan, kita akan merasa lebih letih dan cenderung untuk tidur, begitu juga apabila anda makan secara berlebihan. Ia akan menyebabkan anda lebih nyenyak untuk tidur.
5. Bersenam setiap hari
Anda digalakkan bersenam, sama ada di waktu petang atau di waktu pagi. Saya amat menyarankan anda untuk bersenam di waktu pagi kerana ia akan membantu anda untuk lebih fokus dan kreatif. Apabila anda bersenam, ia juga akan membantu anda untuk tidur dengan lebih awal. Awas! Elakkan untuk bersenam 2-3 jam sebelum tidur. Perkara sebaliknya akan berlaku kepada anda.
6. Susun semula jadual anda
Sekiranya anda merasakan badan anda perlu tidur 7-8 jam, elakkan melakukan perkara-perkara penting sebelum tidur. Cuba lakukan perkara-perkara yang penting di awal pagi. Pada waktu pagi anda mempunyai tenaga yang banyak dan ini akan meningkatkan fokus dan produktiviti anda. Cuba tinggalkan tugas-tugas yang kurang penting atau tidak penting untuk memudahkan anda tidur dan mendapatkan kualiti masa yang anda inginkan. Tugas-tugas tersebut anda boleh lakukan pada waktu pagi dan juga petang. Jangan serabutkan kepala anda dengan tugas-tugas yang berat di waktu malam. Pastinya ia akan menggannggu tidur anda.
7. Dapatkan tidur yang sebentar pada waktu tengah hari
Dapatkan 15-20 minit untuk anda tidur pada waktu tengah hari, ia baik untuk mengembalikan tenaga anda semula semasa bekerja. Tetapi pada waktu 15-20 minit ini, pastikan anda setkan jam anda dan pada waktu ini, anda tidak perlu untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Cukup sekadar pejamkan mata anda dan rehatkan fikiran anda. Cukup masa, terus bangun dan teruskan kerja anda.
8.  Pastikan katil anda hanya untuk tidur
Jangan lakukan perkara lain selain tidur dan hubungan kelamin (untuk yang berkahwin). Apabila anda melakukan banyak perkara di atas katil, anda mungkin sukar untuk tidur dan mungkin juga anda akan tidur berlebihan. Fungsi katil adalah untuk tidur. Ingat tu! Sekiranya anda sedang belajar, jauhkan tempat belajar anda dengan katil. Supaya anda tidak terus tidur, walaupun anda tidak habis belajar.
9. Jumpa doktor pakar
Sekiranya anda mendapati anda tetap tidur dengan berlebihan walaupun anda sudah tidur dengan cukup, ataupun sentiasa tertidur ketika melakukan kerja tanpa menunjukkan tanda-tanda mengantuk, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda mungkin mengalami penyaki‘narcolepsy’ atau ‘sleep apnea’ iaitu masalah bernafas ketika tidur. Tidur berlebihan dan sentiasa lemah mungkin merupakan penyakit yang anda hidapi walaupun tanpa anda sedari.

3 comments: