As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...
Ka'bul Ahbar berkata bahawa: "saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Musa A.S., yang mana Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu
subuh oleh Muhammad dan umatnya Aku mengampungkan bagi mereka (yang mengerjakan solat subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap di bawah lindunganKu."
Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan Umatnya, Aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar(memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat
mengintai mereka."
Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, empat rakaat solat Asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi meminta ampun untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun
oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu."
Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan."
Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat Isya' empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa.
No comments:
Post a Comment