Bunuh diri vs Risalah

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

nie bukan aku yang tulis..sekadar perkongsian dari koleksi e-mail2..bagi yang nak baca semoga bermanfaat..jika xsudi..apakan daya....
=D

cerita ne tajuk die : Bunuh diri vs Risalah = best jadik renungan


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para
jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan
keluar
ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan
juga
menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan
keluar
untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan
di luar
rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya
sudah
bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab
“Ayah,
masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam
ini”.
Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat
pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah,
adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab,
“Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada
sedih,
budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya
teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah
buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas
tahun ini
berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia
memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua
jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak
itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk
diberikan
buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah
balik ke
rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di
pintu
hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka
pintu. Dia
tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi
tetapi
masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah
tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali
ke
pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya
mengetuk
pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung
rumah itu
menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu
dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang
berwajah
kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh
saya
bantu awak, wahai budak?”. Dengan senyuman serta mata yang bersinar
yang
boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf
kalau
saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa
Allah
sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak
memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini
menerangkan
semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan
bagaimana
untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .. Kemudian, budak itu
menyerahkan
buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak
dan
semoga Tuhan memberkatimu” . Selepas solat Jumaat pada minggu
berikutnya,
Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan
ceramahnya
dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin
berkata
sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk
muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan
jemaah
yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum
ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam
bahkan
tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya
sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.” Pada petang
Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah
bertekad
untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya
mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah
saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah
kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di
sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa
benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di
tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu
sebentar, dan
pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi
loceng
semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng
itu,
mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi
“Siapalah di
muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis
loceng
itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di
leher dan
kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan
semakin
kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di
anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang
bersinar
wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di
dalam
hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda
semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya
yang
telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara
bayi
yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa
Allah
sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia
memberikan
kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang
pegang
ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya
menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang
tertulis di
dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan
kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada
tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin
mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah
datang
tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya
daripada
keabadian di dalam neraka. Ramai yang berada di dalam masjid ketika
itu
menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan
takbir
bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan
hadapan
di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya
dengan air
mata keluar tanpa disedarinya.

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini
di
sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga
adalah
untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh
mengubah
hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik
ini.
Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu
kita
dalam semua perkara yang kita buat.

*“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada
memesongkan
kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan
umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini,
Aku
telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu
kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu,
maka
sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang
diharamkan)
sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani”*

*

1 comment:

  1. alhamdulillah,sgt bgus budak tu kan..pernah bce jugak kisah ni. antara kisah yg terbaik..syukran2 =D

    ReplyDelete