Cinta Antara Kita..

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

Aku suka scene filem Kiamat Sudah Dekat  yang dimana fandi(watak utama seorang pemain dram untuk kumpulan rock) di mana fandi bertanya kepada kawan2nya apabila mereka mentertawakan dirinya yang telah jatuh cinta kepada anak seorang kiyai.
Pertanyaannya adalah :  

|| adakah kau mampu memutarkan hatiku kembali untuk bisa tidak jatuh cinta kepadanya?||

Dan jawapannya sudah tentu mustahil..

Harus di ingatkan bahawa jatuh cinta itu tidak berdosa tapi apa yang kita perbuat atas nama cinta itu yang berdosa sekiranya meletakkan ajaran Allah dan Rasul di belakang dan menjadikan hawa nafsu sebagai raja dihati. Maka akan terjadi macam2 jenis maksiat di atas nama “cinta” . inilah perbuatan2 yang menyebabkan “cinta” seolah-olah sesuatu yang jijik dan membawa kepada maksiat. Sedangkan cinta adalah nikmat Allah yang besar kepada manusia. ( we are not judge for something that we have no control over it).

Firman Allah:

|| “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)(surah an-nur ayat 26)   ||

Teringat pesan ustaz hasrizal, pengarang buku tentang mencari jodoh. “ lebihkan menjadi dari mencari. Apa maksudnya?
Haa3. Maksudnya kalau nak isteri yang solehah, diri sendiri kena soleh. Harus di ingatkan bahawasanya isteri solehah adalah antara anugerah terbesar Allah kepada mereka yang bergelar muslimin. Sebab tak ramai mereka(wanita) yang solehah.

Kata ibn Qayyim :

|| cinta merupakan cermin bagi seseorang yang sedang jatuh cinta untuk mengetahui watak dan kelemah-lembutan dirirnya      dalam citra kekasihnya. Kerana sebenarnya ia tidak jatuh cinta kecuali kepada dirinya sendiri..  ||

Tapi entry kali ini adalah untuk mereka yang sedang BERCINTA (couple dan macam2 g)…

Allah berfirman :

|| “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (surah az-zukhruf ayat 67)||

PESAN BUAT KEKASIHKU :

Wahai kekasihku, aku sangat mencintaimu. Dan aku tak ingin kita yang sekarang ini saling mencintai kelak di akhirat menjadi orang yang saling membenci dan memusuhi. Ini kerana jika cinta keduanya yang tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah maka mereka mungkin menjadi musuh yang bergaduh dihadapan Allah. Apatah lagi apabila cinta mereka membawa kepada terjadinya perbuatan maksiat kecil mahupun besar. Ini pasti membawa kepada persengketaan di hadapan Allah kerana masing2 tak sanggup untuk menanggung dosa. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli kepada apa pun. Dan mungkin mencelarukan fikiran kita tentang perkiraan dosa dan pahala. Maka di akhirat nanti mereka akan salah mempersalahkan antara satu sama lain tentang perbuatan dosa yang mereka lakukan kecuali mereka yang telah bertaubat dengan taubat nasuha.

Jadi. Jadilah pasangan kekasih yang di muliakan Allah di akhirat bukan pasangan kekasih yang menjadi musuh di hadapan Allah kelak.

Satu perkara lagi.

Bagi mereka yang mengaku sayang…

Adakah  seorang kekasih sanggup membiarkan kekasihnya mendedahkan auratnya di khalayak ramai jika dia mengetahui bahawa kekasihnya akan mendapat seksa dari sisi Allah yang maha seksa. Ketahuilah, suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat di khalayak ramai adalah dayus. Dan tidak masuk syurga meraka2 yang dayus. Jadi kalau kamu mengaku sayang mengapa kamu sanggup membiarkan kekasihmu di bakar dengan api neraka.???

Dan janganlah kamu berdua-duaan kerana yang ketiga adalah SYAITAN. Teringat sign2 kat convofair UTP hari 2...

"ANDA BIJAK, JAUHI ZINA"

Ingatlah firman Allah berkenaan dengan neraka :

|| “Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya” (al-baqarah ayat 206) ||


|| “dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali.” (al-fath ayat 6) ||


Sahabat2..ingatlah ketika diceritakan di dalam al-Quran tentang permintaan ahli neraka..
               
|| “Mereka berseru: "Hai Malik[1365] biarlah Tuhanmu membunuh kami saja." Dia menjawab: "Kamu akan tetap tinggal (di neraka ini)." (az-zuhkruf ayat 77) ||

Kenapa?

|| “Sesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam. Ia tidak mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup” ( surah thahaa ayat 74) ||

Cuba bayangkan kita duduk dalam api dalam keadaan hidup…perghhh…

Kalau tak percaya. Cuba bandingkan ayam yang telah disembelih dan dibakar buat BBQ tak meronta pun sebab dah mati. Tapi cuba try. Ambil ayam hidup campakkan ke dalam kawah api yang lutsinar dan tutup kemudian tengok reaksi ayam 2 sampai ayam 2 mati.haa3.tu la banyangan azab neraka Cuma kena gandakan seksa dengan 70 kali ganda. Ini kerana api neraka 70 kali ganda panasnya api besi pewaja(api pelebur besi) dan kerana setiap ahli neraka mempunyai kulit 70 lapis dan setiap lapis di selangi dengan api neraka..huuh…try ar kalau sanggup..

Dan ingat pesan para rasul :

|| buatlah apa yang kamu mahu sekiranya kamu tak malu. ||

Tapi sekarang memang ramai orang muka tak malu. mengaku islam tapi buka tudung, pakai skirt, seluar pendek,baju ketat dan macam2 lagi. Inilah golongan yang islam di dunia tapi kafir di akhirat sedangkan ada golongan yang kafir di dunia tapi islam di akhirat. Pelik? Haa3..nie aku dengar dari ceramah ustaz azhar. Mereka yang mengaku islam tapi tolak ajaran islam atau tolak al-Quran. Sedangkan mereka yang kafir pada pandangan manusia di dunia adalah mereka yang mahu memeluk islam dengan yakin akan ketuhananan Allah dan kenabian Muhammad s.a.w. tapi tak sempat nak g daftar kat pejabat agama, maka mereka kafir pada pandangan manusia namun tetap islam di sisi Allah.

 Jadi kepada mereka yang tanpa segan silu membuka aurat atau meninggalkan solat. Jangan sekali-kali mengatakan ianya tidak wajib kerana membawa kepada rosak aqidah dan terpesong iman dan mungkin menjadi kafir. Definisi kafir adalah mereka yang tidak mengakui tentang ke-Esaan Allah dan menolak risalah yang dibawa Rasullullah. Walaupun kita tak buat namun jangan menolak tentang kewajibannya.

Jadi konklusinya. Sekiranya kamu mengaku sayang tapi membiarkan meraka yang kamu sayangi berbuat sesuatu yang tidak sesuai dengan syara’. Maka sesungguhnya kamu merupakan sebesar-besar PENIPU. Kerana seorang kekasih tak akan berdiam diri apabila kekasihnya diancam dengan azab dari Allah yang Maha Perkasa.

…KALAU SUKA MASUK JER MINANG…=D..



1 comment:

  1. the last sentence cam best haha

    ReplyDelete