Bila Yang paling Bodoh lebih pandai dari yang paling kaya?

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Aku teringat kisah yang berlaku antara Bahlul dan seorang khalifah, kalau tak silap khalifah tersebut adalah khalifah Makmum…

Ceritanya berbunyi begini…

Pada suatu hari, Bahlul datang mengadap khalifah. Lalu khalifah menghadiahkan sebatang tongkat kepadanya.
Lalu Bahlul berkata :

“Tuanku, untuk apa tongkat ini?”

Khalifah menjawap :

“ Ini adalah tongkat yang sentiasa dibawa oleh orang yang paling bodoh di atas muka bumi ini. Maka kau bawalah tongkat ini sehingga kau ketemu orang yang lebih bodoh dari dirimu.”
Bahlul menganguk lalu berjalan keluar dari istana khalifah…maklumlah bahlul ni bahlul…

Bertahun-tahun kemudian, khalifah jatuh sakit lalu datanglah si Bahlul menziarah sambil membawa tongkat yang diberi khalifah tempoh hari. Maknanya si Bahlul ini adalah masih yang terbodoh dalam Negara tersebut.

Bahlul bertanya…



“ Bagaimana keadaan Tuanku?”

Khalifah menjawap …

“Beta rasa beta akan ‘berjalan jauh’…” sambil membuat muka sedih…

Bahlul bertanya…

“tuanku nak ke mana?”

Khalifah menjawap…

“ wahai bahlul, kau masih orang terbodoh di Negara kita kerana kau masih membawa tongkat tersebut.
Aku merasakan ajalku sudah hampir wahai Bahlul ”

Bahlul bertanya…

“ kalau begitu pasti tuanku telah menghantar askar2 untuk menyambut tuanku! Jadi apa yang tuanku risaukan? 

Walhal keselamatan tuanku akan sentiasa di jaga keselamatan tuanku oleh askar2 pengiring tuanku.”

Khalifah menjawap

“ Bahlul ! tiada yang akan mengiringi beta dalam menghadapi alam akhirat itu. Beta akan keseorangan dalam perjalanan ini.”

Bahlul berbertanya lagi,

“ lamakah perjalan tuanku itu?”

Khalifah menjawap..

“ Ya Allah Bahlul. Kau memang bodoh. Perjalanan ini jauhnya sangat jauh sehingga mereka yang telah ‘pergi’  tiada seorang pun kembali darinya.”

Bahlul berkata,

“ Jadi pasti tuanku telah menyediakan bekalan untuk perjalanan yg sangat jauh tersebut.”

Khalifah dengan sedih berkata,

“ Sekarang baru aku sedar erti kesihatan. Sekiranya aku dipanjangkan umur oleh Allah pasti akan aku kerjakan amal ibadat sebagai bekala perjalanan jauhku itu. Namun apakan daya, aku dilalaikan kesenangan hidup dan pangkat.”

Bahlul tersenyum lalu menghulurkan tongkat tersebut kepada khalifah sambil berkata,

“ Ini tongkat yang tuanku amanahkan kepada hamba untuk berikan kepada menusia yang paling bodoh yang hamba temui.”

Khalifah dengan marahnya menjawap,

“Apa maksudmu!!?”

Bahlul menjawap…

“ tuanku sanggup menghantar askar2 tuanku untuk menyediakan persiapan untuk menyambut kedatangan tuanku ke suatu tempat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tuanku tiba. Dan tuanku berangkat dengan iringan tentera2 tuanku yg gagah2 sebagai langkah berjaga-jaga. Namun tuanku tidak menyediakan persiapan untuk pertemuan dengan yang Maha Gagah, Tuhan sekelian alam yang mengurniakan nikmat2 kepada tuanku. Dan sekarang tuanku menyesal dengan tindakan tuanku. Dan sesungguhnya tuanku lebih bodoh dari saya. 
=D”

Bahlul berjalan keluar dari istana sambil tersenyum meninggalkan khalifah yg tergamam. Dan officially, khalifah telah menjadi orang yg terbodoh dalam negeri tersebut.

Haa3…lihatlah bagaimana  bila yang si Bahlul boleh menjadi lebih bijaksana dari khalifah..,

Ingatlah bijaksana adalah orang yang mampu melihat kehadapan. Bukannya mereka yang mengejar nikmat2 sementara.

Ingatlah nikmat di akhirat adalah 99 kali ganda lebih banyak dari nikmat dunia..
Maka nikmat manakah yang kamu mahukan??



2 comments:

  1. hUhu.. .
    sO. .
    jAnGAn r niLAi KBODoHAn seseoRAng HAnya meLiHAt pD LUArannYa saHAja riTe??
    HEhee

    ReplyDelete