Suatu hari ketika Sa’ad bin Abi Waqqaasyh sedang berjalan-jalan di pasar, dia ternampak seorang pemuda sedang memaki dan mengutuk Ali r.a..., Talhah r.a. dan Zubair r.a. Melihat keadaan itu Sa’ad merasa amat tersinggung. Dia cuba menasihati pemuda itu dengan lembut agar tidak terus menghina para sahabat. Tetapi
pemuda itu tidak langsung mengendahkan kata-katanya. Bagaimanapun Sa’ad tidak putus asa, dia terus memujuk. Tetapi pemuda itu terus juga mencaci dan mengutuk.
pemuda itu tidak langsung mengendahkan kata-katanya. Bagaimanapun Sa’ad tidak putus asa, dia terus memujuk. Tetapi pemuda itu terus juga mencaci dan mengutuk.
Melihatkan keadaan ini Sa’ad menjadi berang, dia lantas memberi amaran keras kepada pemuda itu. “Jika kamu tidak mahu berhenti daripada menghina para sahabat, aku terpaksa berdoa kepada Allah s.w.t. untuk membalas segala perbuatan kamu itu.”
“Eleh, apa yang boleh kau buat padaku? Aku tahu kau hanya hendak menakutkan aku sahaja. Betul tak?” katanya dengan nada yang angkuh. Sa’ad semakin berang. Dia terus mengambil wudhu’ lalu mendirikan sembahyang dua rakaat sambil berdoa: “Ya Allah, sekiranya orang ini telah menghina orang yang beroleh kebaikan dariMu, dan perbuatannya membuat kemurkaanMu, maka aku mohon kepadaMu untuk memberikan pengajaran kepadanya.
Sebaik sahaja Sa’ad selesai berdoa, satu perkara ganjil berlaku. Tiba-tiba muncul seekor unta liar di situ. Haiwan itu susup-sasap di tengah-tengah orang ramai di pasar berkenaan.Semua orang bertempiaran lari menyelamatkan diri, tetapi anehnya unta itu tidak mencederakan sesiapa. Haiwan itu terus juga berlari ke sana ke mari seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba apabila sampai di satu simpang, unta itu berhenti seketika. Ia
memandang pemuda yang dari tadi tidak henti-henti menghina para sahabat dengan bengis.
Tiba-tiba haiwan itu meluru ke arah pemuda itu. Dengan sekali terjah, dia terus tersungkur. Kemudian haiwan yang seperti sedang naik minyak terus menendang dan memijak-mijak perut dan seluruh tubuhnya.
Pemuda itu mengerang-ngerang kesakitan. Darah bersemburan keluar dari mulut dan hidungnya. Tetapi unta berkenaan terus melompat-lompat di atas badannya. Akhirnya pemuda berkenaan meninggal dunia dalam keadaan yang cukup ngeri dan aib.
Kesimpulannya :
Jangan sekali-kali menghina sahabat2 Rasullullah.
No comments:
Post a Comment