The Past, The Future & The Present

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

hurm, THE PAST, THE FUTURE & THE PRESENT.. masa lalu, masa depan dan sekarang..

Adakah anda sedar yang kita selalu menilai seseorang dari masa lalunya?
Adakah anda tahu yang kita tentukan sama ada kita suka atau tidak seseorang pada 2 saat pertama kita bertemu dengannya?

Aku pernah memdengar cerita tentang lelaki yang jahat, mahu bertaubat, dan apabila si lelaki tersebut mengajukan soalan yg berbunyi " Apa yg saya harus lakukan untuk bertaubat? apa yang harus saya buat?" kepada ilmuan di kawasan tmpt tgglnya.

Si ilmuan memjawap," perbaiki lah akhlak mu, tunaikan yang wajib, tinggalkan yang haram, bnyakkan yang sunat dan tinggalkan lah kampung ini ke suatu kawasan yang tiada seseorang pown yang mengenali mu (masa lalumu) dan mulakan lah hidup baru"

kenapa harus tinggalkan kampung?
mengapa ianya penting?

Kenyataan, perubahan adalah sesuatu yg 'essential'  utk menjadi seseorang yang lebih baik. Tapi perubahan memerlukan pengorbanan, kadang2 menyakitkan dan sememamgnya sukar.

Jadi, sekiranya si lelaki tadi, tinggal di kawasan yang sama, apakah persepsi masyarakat, terhadap dirinya? masyarakat sekitar masih menganggap si lelaki tersebut sebagai "jahat" walaupun dia telah/berusah berubah. Pandangan/persepsi masyarakat akan melemahkn azamnya dan boleh menyebabkan si lelaki tersebut merasakan tiada lagi harapan baginya. kenapa? apa guna berubah sekiranya pandagan masyarakt padanya masih lagi sama? sukar utk mengubah persepsi orang terhadap kita, kenapa? adakah kita sendiri senang mengubah persepsi kita terhadap org laen? soalan saya, apakah persepsi anda terhadap banduan?
*fikir2 kn

Jadi, berhijrah ke tempat baru adalah penting bagi mereka yang kurang kuat azamnya yang tinggal dalam masyarakat yang sangat kuat prejudisnya.

tapi, bagaimana pula dengan sesorang yang kuat azamnya, teguh pendirian dan percaya pada dirinya?

jom kita lihat pada salah seorang sahabat Rasullullah yg utama, Saidina Umar Al-khtattab,

siapakah umar pada zaman jahiliyyah nya?

umar terkenal dengan garang, keteguhannya dalam mempertahankan kepercayaannya, duta bagi kaumnya dan telah di katakan menyiksa hingga mati/cedera parah 11 org Muslim sbg cara utk memurtadkan mereka setelah mereka masuk islam. Selain itu, Umar, seperti masyarakat pada zamannya, menanam bayi perempuan, minum arak dan laen2 sifat/perlakuaan yg diharamkn dalam islam. kalau kita nilai Umar hanya pada masa lalunya, UMAR TIDAK LAYAK UNTUK MEMIMPIN UMAT ISLAM !!!

Namun, apa yang penting ialah, siapakah Umar setelah memeluk islam?

mari kita nilai beberapa cerita.narrasi dari sahabat2 nya


Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?"   JawabUmar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya"

sifat Umar yg selalu berkata benar dan dalam ilmunya tentang islam diberikan gelaran Al-Farouq ( pembeza antara haq & batil)

beliau merupakan simbol mukmin sejati yang jauh berbza dgn dirinya sebelum islam.

Oleh sebab inilah beliau di lantik sebagai Khalifah slpas kewafatan saidina Abu Bakar 

pengajaranya, siapa kita utk menilai baik buruk org laen?
setiap org telah ditentukan takdirnya, hidup mati nya, ajal maut dan jodoh pertemuan nya.
jangan dihina mereka yg seksi dan tidak menutup aurat,
sebaliknya tegurlah dgn ikhlas dan penuh sabar,
kerana mungkin org yg kita hina itu lebih baik dari kita,
sekiranya kita merasa bangga kerana membaca al-quran se"juz" setiap hari, bangun tahajjuj setiap malam,berpuasa sunat setiap isnin khamis,
kita melupakan satu fakta penting, Iblis, sebelum disesatkan Allah mendapat martabat yg tinggi di sisi Allah di sebabkn Amal ibadatnya, sehingga di katakan ad bekas sujudnya di setiap penjuru alam..
ibn at-thaillah berkata, ad 2 pintu penting dalam hidup
  1. pintu ketaatan
  2. pintu penerimaan
pintu ketaatan adalah pintu yg mana bila kita berjalan melalui, kita akan menjadi seorang yg kuat dalam menjaga ibadatnya, dan pintu penerimaan adalah pintu yg melambangkn kita sedar bahawasanya, kekuatan kita utk beribadat itu datang dari Allah, Bukan dari diri sendir, supaya kita bersyukur.
Dan kita kita hanya fokus kepada Ibadat semata, mungkin kitra akhirnya menjadi seperti iblis, yg angkuh dgn martabat dan ibadatnya. jadi berhati2 .


Namun, sayangnya manusia selalu menilai seseorang dari masa lalunya,harus diingatkan, tiada manusia yang sempurna, jangan biarkn dosa masa lalu mu melenyapkan harapan utk masa depanmu dan mengelapkan hari2 mu..

apa yg telah berlalu itulah sejarah,
ambillah iktibar dan pengajaran daripadanya,
hari2 mu kini adalah peluang,
maka gunakanlah sebaiknya,
hari esok adalah harapan,
doakanlah yang terbaik utknya

sekian terima kasih :)
pst* jangan judge org, nnt org judge kita...lgpown, hanya Allah lah yang berhak men'Judge'.. live well and prosper :)

No comments:

Post a Comment