Tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, “Mudahnya MLM menjadi haram!”menimbulkan sedikit salah faham, seolah-olah semua skim Multi Level Marketingcenderung kepada haram. Sedangkan Ustaz Zaharuddin sebenarnya turut menggariskan asas minima syariah yang perlu dipatuhi bagi membersihkan urusniagaMLM itu :
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti). Produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanya bertujuan mengabui undang-undang dan syariah. Jesteru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual. Ini bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan, bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahnya.
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut syariah. Jika tidak, dibimbangi ia terjerumus kepada keraguan ’syubhah’. Konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan keuntungan yang di perolehi tanpa usaha. Sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakkan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik orang bawahnya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dahulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Jesteru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan diperingkat awal.
Petikan ini dipetik dari sumber akhbar Harakah keluaran 1-15 April 2007
" Carilah ILMU dan MEMBACAlah...!"
=)
Memang Tabiat Manusia Membenci sesuatu yg tidak mereka ketahui...
=D
No comments:
Post a Comment