Network Marketing-It's an Asset, Not a Job

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


By Robert Kiyosaki

I am sometimes asked, "Why do so few people make it to the top of their network marketing system?"

The truth is, the top of the network marketing system is open to everyone-unlike traditional corporate systems, which allow only one person to reach the top of the company. The reason most people do not reach the top is simply because they quit too soon. So why would someone quit short of the top?

Most people join only to make money. If they don't make money in the first few months or years, they become discouraged and quit (and then often bad-mouth the industry!). Others quit and go looking for a company with a better compensation plan. But joining to make a few quick dollars is not the reason to get into the business.

Aku Mencintaimu Tanpa Alasan - ^_^

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Seorang gadis mengeluh,setiap kali ia bertanya kepada kekasihnya,"Kenapa kau mencintai aku?". Kekasihnya tak pernah menjawab, hanya diam dan tersenyum. Padahal teman-temannya yang lain selalu mempunyai alasan mengapa kekasih mereka mencintai mereka.

Semakin lama, gadis ini semakin marah dan kecewa. "Setiap kali aku bertanya, dia selalu diam... bererti kekasihku tidak mencintaiku lagi..! Akan ku putuskan saja baru dia tahu!", berkata si gadis di dalam hati.. Akhirnya, dia memutuskan hubungan dgn kekasihnya.

Beberapa bulan kemudian, si gadis pergi ke bandar dgn menaiki bas namun bas yg dinaiki telah terlibat dlm kemalangan dahsyat dan si gadis... wajahnya menjadi cacat, dia menjadi bisu, dan kakinya terpaksa dipotong. Si gadis begitu sedih..

"Mana ada lagi laki-laki yang mahu mendekati seorang gadis cacat dan tak lagi bererti seperti diriku ?", fikirnya di dalam tangis.

Suatu hari, kekasih yang dulu pernah diputuskannya datang. Karena si gadis sudah tak lagi boleh berbicara, dengan menulis di atas kertas ia bertanya kepada bekas kekasihnya : "Mengapa kamu masih datang kemari, kan aku sudah cacat dan sudah tak bererti lagi…?"

Sambil tersenyum bekas kekasihnya berkata : "Dulu, aku tak bisa menjawab ketika kamu selalu bertanya, mengapa aku mencintaimu..

Kalau dulu ku katakan aku mencintaimu karena kamu pandai menyanyi, tentu setelah kau bisu, tak ada alasan lagi bagiku untuk mencintaimu.

Kalau ku katakan aku mencintaimu karena kamu pandai menari, masih adakah cintaku padamu setelah kakimu dipotong?

Dan kalau ku katakan karena wajahmu yang cantik dan menarik, tentu cintaku hilang setelah wajahmu cacat dan menjadi hodoh. Jadi,dari dulu,sekarang,hingga nanti,aku mencintai kamu tanpa alasan, aku mencintai kamu seadanya..!"

Mendengar kata-kata yang terucap dari bekas kekasihnya, si gadis hanya tertunduk dan menitiskan air mata.. air mata bahagia, menyedari bahawa masih ada lelaki yang tulus mencintainya. Kemudian dia menatap wajah bekas kekasihnya … dan menulis di atas kertas :

"Maafkan Aku"



MLM.....HARAM ke???

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...



by Ridwan Ismail on Saturday, August 28, 2010 at 4:20am
Tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, “Mudahnya MLM menjadi haram!”menimbulkan sedikit salah faham, seolah-olah semua skim Multi Level Marketingcenderung kepada haram. Sedangkan Ustaz Zaharuddin sebenarnya turut menggariskan asas minima syariah yang perlu dipatuhi bagi membersihkan urusniagaMLM itu :
1.     Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti). Produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanya bertujuan mengabui undang-undang dan syariah. Jesteru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2.     Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah riba jenis Nasiah.
3.     Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4.     Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual. Ini bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan, bukannya permainan wang (money game).
5.     Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahnya.
6.     Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut syariah. Jika tidak, dibimbangi ia terjerumus kepada keraguan ’syubhah’. Konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan keuntungan yang di perolehi tanpa usaha. Sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakkan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik orang bawahnya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?
7.     Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dahulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Jesteru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8.     Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9.     Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan diperingkat awal.
Petikan ini dipetik dari sumber akhbar Harakah keluaran 1-15 April 2007

" Carilah ILMU dan MEMBACAlah...!"

=)

Memang Tabiat Manusia Membenci sesuatu yg tidak mereka ketahui...
=D