HADIS 5: UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...



Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda," Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".
(Riwayat Muslim)

Keterangan:



Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi danNasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Antara contoh amalan yahudi dan nasrani dari perkara kecil hingga besar yang diamalkan umat islam pada hari ini ialah...

- Berpakaian hitam dan cermin mata hitam ketika menghadiri sesuatu kematian.


- Kubur yang dihias indah-indah


- Menyambut hari Ibu (Memperingati ibu nabi isa a.s yang dianggap sebagai ibu tuhan)


- Menyambut hari Bapa


- Pakaian perkahwinan yang meniru yahudi nasrani


- Berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan


- Menyambut hari lahir dengan meniup lilin..


- Wanita yang mendedahkan aurat secara berleluasa.


- Tiada lagi hijab antara lelaki dan wanita.


- Cara berpakaian yang bermacam-macam jenis fesyen dengan menampakkan bentuk  tubuh,pendedahan aurat iaitu dengan meniru orang-orang yahudi dan nasrani.


- Melekatkan riben putih pada songkok hitam ketika ada kematian pemimpin negara.

- Bertafakur ketika kematian (meniru orang nasrani)


 Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

No comments:

Post a Comment