Masa Afdal Untuk Berdoa...

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...




1. Malam Lailatul Qadar.
2. Ketika berada di Arafah spt firman Allah,  sebaik-baik doa adlh pada hari Arafah.(Riwayat muslim)
3. Bulan Ramadhan.
4. Malam Jumaat, hari jumaat, waktu jemaah berdiri utk menunaikan solat. Jumaat penghulu segala hari.
Sabda Rasulullah, ” bahawasanya pada malam jumaat, ada suatu ketika yg mustajab doanya.” (Riwayat Tarmizi.)
5. Waktu tengah malam. Sabda Rasulullah, spt riwayat Abi Umamah, dia bertanya Rasulullah,
” Ya Rasulullah, waktu bila doa diterima oleh Allah? jawab baginda, pada tengah malam dan akhir solat fardhu,”
6. Pada waktu 1/3 awal malam, sekitar jam 12 sehingga 2 atau 3 pagi.
7. Waktu sahur (1/3 akhir malam) . Ada dinyatakan bahawa ketika ini amat mustajab kerana Allah menurunkan malaikat rahmat setiap malam ke langit dunia ketika ini. Ketika ini jika berdoa, akan mudah makbul.
8. Berdoa ketika seruan azan.
9. Ketika suatu masyarakat sedang berdepan bala  dan ada sebahagian yg lain mendoakan mereka agar terlepas daripada bala. Hal ini ada kena mengena dgn ukhuwah islamiah.
10. Antara waktu azan dan iqamat. Rasululah menyatakan , doa tdk akan ditolak ketika ini. Sahabat bertanya, apa yg harus didoakan. Lalu baginda ajar mereka supaya meminta kesejahteraan dan bahagia dunia akhirat.
11. Ketika berdepan dgn peperangan.
12. Akhir embahyang fardu ketika waktu. Selepas salam, digalakkan baca ayat kursi & mohon doa. Ayat kursi itu sendiri sudah menggambarkan keesaan Allah. Sabda Rasulullah, ” Pada waktu sujud, adalah waktu sedekat-dekat hamba dgn Allah. “
13. Ketika hujan turun dgn lebat. Hujan suatu hikmah pd manusia. Manusia tdk akan hidup tanpa air dan makanan. Maka waktu ini mmg makbul doanya.

No comments:

Post a Comment