Idolaku Imam Ibn Qayyim...

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


Imam Ibn Qayyim …
                 
                 Beliau masuk ke alam persekolahan pada umur 6 tahun dan menjadikan rakan2 yang jauh lebih tua darinya sebagai teman. Beliau tidak menghabiskan masa dengan bermain atau bergurau bersama budak2 lain. Beliau lebih menghadiri syarahan2 ilmu berbanding bermain dgn budak2 seumur dengannya. Hadis2 dan maklumat mengenai sirah Rasullullah dihafaznya dan mencatatnya apabila pulang ke rumah.
               
               Ibn Qayyim bercerita, “ Budak2 lain menghabiskan masa bermain di tebing sungai, tetapi aku akan duduk di suatu tempat sambil membaca buku. Aku sangat mengambil berat tentang kehadiran ke kelas tepat pada waktunya. Sering juga aku tidak makan sampai seharian kerana belajar. Namun aku bersyukur kepada Allah kerana walaupun begitu aku tidak meminta kepada sesiapa.”

Kata2 Hikmah dari Ibn Qayyim,

“Aku tidak menganggap seseorang itu mahir dalam satu bidang ilmu sekiranya dia tidak mahir dalam ilmu yg lain. Contohnya, sekiranya seorang ahli hadis bukannya ahli dalam fiqah, aku menganggap ilmunya belum lengkap,”

“ Cara utk mendapatkan sifat lembut hati adalah dgn mempelajari riwayat hidup yg gemilang mengenai pujangga2 dahulukala yg memiliki hati yg jernih. Mereka menyedari hakikat sebenar agama serta menghayati, bukan semata-mata mengetahui.”

“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”

“ Cinta merupakan cermin bagi seseorang yang sedang jatuh cinta untuk mengetahui watak dan kelemah-lembutan dirinya dalam citra kekasihnya. Kerana sebenarnya, ia tidak jatuh cinta kecuali kepada dirinya sendiri.”

Ibn al-Qayyim meninggal dunia pada 13 rejab 751 Hijrah, ketika azan solat isyak sedang berkumandang, pada umur 60 tahun. Jenazahnya disolatkan pada keesokan harinya selepas soalt zohor di Masjid al-Umawi, kemudian disolatkan lagi di Masjid Jarah, dan disemadikan di Bab al-Saghir,Damsyik, bersebelahan kubur ibu dan ayahnya.



ibn qayyim on meeting with Allah..
(*video selingan)



video



No comments:

Post a Comment