my first time

Bismillah..
Assalamualaikum…
Nie nak cter psal “my first time”…=)
*pengembaraan bermula..

Cter nie berlaku pada hari jumaat 24 September yang lalu…
Peristiwa bermula selepas solat jumaat sekitar jam 3 petang…
Ak dan sahabatku Farhan Z. memulakan perjalanan kami untuk jalan2 di ipoh dengan “charade z “..
Hari yang menyenangkan kerana agak redup namun tanpa disangka banyak babak yang mendebarkan berlaku dan ada juga ujian dari Tuhan…
Ak pon seram gak dgn kejadian2 yg berlaku…tp bezzz…..bleh jumpa JERUNG….BUAYA…ULAR…BABI TAPI BUKAN BABI…
Dan macam2 lg….
Sebagai contoh…selepas kami dah puas round dlm jusco..kami bertolak untuk ke Ipoh Parade..tapi xpernah sampai…sebab  kami sampai ke Ulu Kinta..ringkasnya…tp dah sesat jalan..
Masa kami sesat 2..Farhan yang bawak..hujan pon xbrape lebat…ak di minta utk tgk sign-board sbb kami memang xth dah sampai mane time 2(ulu kinta 2 signboard last yg kami jumpa sblom buat keputusan untuk pusing balik)…tp ak x bawak spec..jd xnmpk…
Jd ak ; “gni ar,ak bawak keto mun tgk sign board…breti jer tepi2 jale mane2”
Jd lepas 2 kami u-turn…ak drive..tp sesuatu yang xdisangka berlaku…hujan semakin lebat..
Ak xpakai spec dan xnmpk jalan..yang ak nmpk lampu kereta kat depan…jd…ak jadi kaki farhan jd mata..
Dia kate brenti ak brenti dia kate jalan ak jalan..kesian..ak buat rilek jer…
Dia nmpk macam takut..siap pegang handbrake g..ha3..
Disebabkan x nmpk dan ini secara jujurnya merupakan kali pertama ak bawak kereta dijalan yang sesak dan jarak yang agak jauh sebab kalau kat rumah..ak bawak kereta pergi buang sampah jer..
He3..dah jadi macam majlis perbandaran plak..
Jd time 2..ak hampir terselisih dengan triton…hampir langgar kon divider jalan…hampir dilanggar van…dan hampir terlanggar tiang(tp time nie ak rase ak dah bajet betol2..tp farhan kate macam nak langgar tiang)..tp alhamdullilah kami selamat..

Add caption
*cuma gambar hiasan...

Akhirnya kami sampai ke Greentown walaupon plan asal nak ke ipoh parade..tp biar ar....tp 2 dah pon kira nasib baik…
Jadi kami meronda dalam Greentown dan jumpa pet store yang penuh dengan haiwan2 yang comel2 …

DUGAAN:

Kat petstore 2 ada macam2…
Tp yang paling comel bg ak adalah hamster…fb pond ah tukar letak gambar hamster…
Tp bial ak nmpka ikan jerung, ak ingt nak bli la sepasang... sbb nmpk macam ganas jer tp lawa….kira nya lawa tp bekeng la kate ore klate..mungkin bayi lagi kot ikan2 tue..sebab nmpk kecik jer…ak try ar skodeng gigi dia..tp xnmpk…
Farhan nie dia nak bli hamster 2 ekor..jd dia bgtaw ar kat brother yang jaga time 2…
Mase mereka bincang ak ada sklali..
Tp ak terkejut bila brother 2 cakap..
“bang..abang nak bli 2 ekor ek? Saya nak bagi abang diskoun..camnie…abang bayar kat saya RM 10 dan abang bayar kat depan RM 15.Saya bagi abang diskaoun RM5..” dengan nada suara nak agak perlahan..
Ak terkejut time 2 sebab abang nie nak tipu tauke dia..apa g..ak pon pergi la dari situ untuk menunjukkan ak xstuju dgn jual beli yang dicadangkan brother 2 kepada farhan…sebab kalau ak cakap direct takut terasa plak brother nie kan..
Ak pon pergi usha jerung 2 lagi..ak perasaan mata dia mata menatap tajam muka ak..he3..berdiri bula roma tp xth la kenapa ak tertarik sangat dengan jerung2 tue…
Ak terfikir.. “Agak-agaknya la..kalau ak letak tangan ak dalam air nie..dia gigit x???”
Ha3..nasib baik di akuarium tu tertutup..kalau terbuka mesti ak dah try nyer =p..
Berkenaan dengan kes farhan dan brother 2 plak, ak xpasti tentang detail2 jual beli yang abang 2 cadangkan..
Tp tiba2 farhan  datang kepada ak dengan muka panic sambil berkata..
“weh..billah!  abe 2 ajak ak nipu ..ngano nie???..”
Ak jawap “ak rase baik mun bayar RM 30 jugak..” // makna nya xpayah la ikut cadangan brother 2..
Farhan menganguk dan berkata;
“pah2 nak ngoyak ngano dio?”
Ak jawap “jawap macam biasa ar, buat rilek”
Last2, urusan jual beli berlaku sebagai yang dibolehkan syara’.
Kate farhan.. “ak takut hubungan ak nga hamster 2 xberkat”// ak ske ayat nie…..=)
Ha3..bagus  betol farhan..puji skit…sebab urus niaga mcm 2 walaupon nmpk mcam untung tetapi merugikan kita..
Sbb walaupon tauke 2 mungkin bukan islam, kita kena berlaku adil..sbb duit 2 hak dia melainkan dia yang benarkan pekerja2 dia buat camtu..
Walaupon macam skit jer RM 5 ringgit..tp besar disisi Allah..
Sebagai contoh..pemimpin yang memakan harta rakyat secara haram walaupon Cuma satu sen diharamkan masuk syurga…

Al-Quran jugak mengajar kita;

“Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan” Asy Syu'araa' ayat 183.

Akhirnya..kami pulang dalam pkul 9 dan makan malam di KFC…
Sampai bilik dalam pkul 10 dan kepenatan..he3..
Tp hari nie dapat akhirnya bertemu dengan satu buku yang dicari-cari selama ini..

Iaitu buku……. “DIATAS SEJADAH CINTA” karangan Habiburrahman El Shirazy



No comments:

Post a Comment